Home Isu Semasa Demi Selamatkan Nyawa Anak Dari Kebakaran, Bapa Nekad Campak Anak Dari Tingkat...

Demi Selamatkan Nyawa Anak Dari Kebakaran, Bapa Nekad Campak Anak Dari Tingkat 2

252
0

Kasih seorang bapa memang tidak disangkal lagi. Setiap ayah pasti akan buat apa sahaja demi keluarganya. Ada yang sanggup masuk ke terjun ke lautan dalam demi selamatkan keluarga, ada yang sanggup masuk ke dalam rumah terbakar demi selamatkan keluarga tersayang.

Seorang bapa nekad mencampak dua anak lelakinya dari tingkat atas selepas berlaku kebakaran deretan rumah kedai di Pekan Lenga, Bukit Kepong, Pagoh dalam kejadian awal pagi semalam. Menurut laporan Harian Metro, Zamirul Suahimi, 30, mencampak Muhammad Firas Syahmi, 10, dan Muhammad Harith, 4, sebelum kedua-duanya disambut oleh orang awam.

terbakar anak

Isteri kepada Zamirul berkongsi yang dia secara pantas mencampak anaknya dari tingkas atas kedai bagi menyelamatkan kedua anaknya.

“Suami terus bangun apabila mendengar jeritan sebelum mencampakkan anak dari tingkat atas kedai,” katanya.
Difahamkan, Zamirul yang cedera pada tangan akibat terkena zink selain melecur di telinga, mata, mulut serta bengkak di tengkuk sedang menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar.

WhatsApp Image 2023 07 07 at 6.12.11 PM

Ramai netizen yang mendoakan agar Zamirul dan keluarga dapat segera pulih. Ramai juga memuji sikap Zamirul yang tidak teragak-agak bertindak demi menyelamatkan nyawa anaknya yang tersayang.

Previous articleBerjaya Kumpul RM1.6 Juta Dalam Masa 1 Tahun, Rupanya Ini Yang Dilakukan Oleh Lelaki Ini
Next article6 Kesan Buruk Pemasangan Papan Iklan Di Jalan Raya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here