Sebut sahaja perkahwinan, sudah pasti kita akan menyangkakan ianya adalah diantara pasangan lelaki dan wanita. Namun lain pula cerita yang berlaku di negara Mexico baru-baru ini.
Lagi mengejutkan seorang lelaki yang dikenali sebagai Hugo Sosa merupakan seorang Datuk Bandar di bandar kecil Mexico San Pedro Huamula telah mengejutkan orang ramai di serata dunia apabila, beliau ‘berkahwin dengan seekor ‘aligator’ yang berusia 7 tahun dalam satu upacara yang diadakan.
Menurut Agensi Analodu, perkahwinan tersebut dilakukan bagi meraikan asal usulnya dan meminta nasib baik untuk masyarakat setempat.
Baca lagi: Mengejutkan buaya hantar mayat budak mati lemas ke tepi sungai
Baca lagi: Sotong Gergasi 2.5 Meter Ditemui, Ramai Khuatir. Adakah Penghujung Sudah Hampir Tiba?
Hugo Sosa juga mengatakan perkahwinan beliau dengan seekor haiwan merupakan tradisi yang unik di bandarnya, dan menandakan penyatuan dua budaya iaitu orang Huave di San Mateo Del Mar dan bandar beliau San Pedro Huamelula.
Berbeza dengan budaya lain yang menentang pencerobohan Sepanyol, orang asal Huave yang dikatakan kononnya mempunyai hubungan baik dengan penceroboh Sepanyol. Lebih tujuh juta orang penduduk Mexico berumur 3 tahun keatas yang bertutur bahasa asli dan ini mewakili sekitar 6.1 peratus daripada jumlah penduduk berdasarkan bancian pada tahun 2020. Selain itu, data juga menunjukkan 11.8 juta orang tinggal dalam isi rumah orang asli.
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: SAJA