Sesudah isu tuntutan saman bernilai RM75K Hidayah terhadap Ali Puteh hampir menemui pengakhirannya, Ali Puteh memuat naik tangkap layar ketika beliau menjadi pemenang di pentas Maharaja Lawak Mega, MLM.
Ali yang mengatakan bahawa pelukan terakhirnya bersama abangnya iaitu Allahyarham Abam Bocey adalah pada tahun 2019 dan selepas 4 tahun berlalu, ini merupakan pelukan pertama dirinya bersama anak kepada Allahyarham Abam Bocey iaitu Syed Uthman Hamzah.
“Allah maha mengetahui segala-galanya perasaan ini, tiada apa yang mampu saya ucapkan hanya bersujud syukur dengan segala ujian ini…” – Ali Puteh
Pelawak tersebut turut mengatakan bahawa ia seperti memeluk abangnya yang dulu dan beliau turut mengungkapkan kata-kata rindu terhadap Allahyarham Abam.
“Serasa seperti memelukmu dulu bang, sesungguhnya aku rindu…Teramat rindu mu Abang…” – Ali Puteh
Lihat posting di bawah:
@aliputeh89Allah maha mengetahui segala galanya perasaan ini.. Tiada apa yg mampu sy ucapkan hanya bersujud syukur dengan segala ujian ini.. membesar dengan baik wahai syed uthman hamzah.. 4tahun lepas kite berpelukan meraikan kemenangan.. Dan harini ini aku menangis berpelukan dengan anakmu wahai abang.. Segala galanya sudah tertulis dari allah.. Insyaallah hubungan silaturahim anak anak kita tidak sesekali akan terputus.. Insyaallah
Sumber: Tiktok
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.