Home Isu Semasa Dakwa Kekasih Syafiq Tambah Kucing Di Rumah, sekali Luahan Shila Amzah Mengejutkan...

Dakwa Kekasih Syafiq Tambah Kucing Di Rumah, sekali Luahan Shila Amzah Mengejutkan Ramai

314
0

Penyanyi Shila Amzah memberitahu dia sudah memberi maklumat kepada ibunya iaitu Fauziah Sarman untuk tidak membawa semua kucing peliharaan mereka ke rumah baru.

Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 33, dia memberitahu ibunya agar membawa hanya beberapa ekor haiwan tersebut.

“Kucing bertambah-tambah. Sebelum ini, saya maklumkan bahawa kucing ada hanya 20 ekor. Cuba bayangkan berapa banyak kucing sekarang. Saya telah berbincang dengan ibu untuk menyelesaikan perkara ini…” – Shila Amzah

“Saya rasa lebih kurang setahun yang lalu, saya ingin menjual rumah. Oleh itu, saya cadangkan membawa empat ekor kucing kesayangan sahaja. Yang lainnya boleh dijaga oleh orang lain. Dengan 20 ekor kucing, ia sudah boleh diuruskan…” – Katanya

Shila melaporkan perkara ini semasa sesi siaran langsung di TikTok pada Khamis.

Pada masa yang sama, Shila yang kini tidak tinggal bersama ibu dan adik-adiknya mengakui bahawa dia terkejut apabila mengetahui bahawa bilangan kucing peliharaan di rumah keluarganya di Hulu Langat telah bertambah sebanyak 50 ekor.

Menurut Shila, dia dimaklumkan bahawa kucing bertambah kerana seseorang yang bukan ahli keluarganya telah membawa 10 ekor kucing ke rumah tersebut.

“Namun, tiba-tiba pada hari itu, saya diberitahu bahawa ada 50 ekor kucing. Saya tidak tahu tentang perkara ini kerana saya tidak tinggal di situ. Dari apa yang saya dengar, individu tersebut membawa 10 ekor kucing. Oleh itu, bilangan kucing semakin bertambah, dan ia menjadi masalah…” – Katanya lagi

Sebelum ini, Shila meminta seorang wanita yang dikenali sebagai Eiza untuk meninggalkan banglo miliknya di Hulu Langat, Selangor. Melalui kenyataan di akaun Insta Story miliknya, Shila memberi tempoh kepada wanita tersebut, yang dipercayai teman wanita adiknya, Shafik, sehingga Jumaat untuk meninggalkan rumah tersebut.

Lihat Klip video di bawah:

@mrsmama1985 alkisahnye..hidup kl. menumpangkan paling lama sminggu je..#fypã‚· #foryoupage #trending #fyp #shilaamzahxubai #shilaamzah #viral #memalukan ♬ original sound – Mrs.mama

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous article“Cakap Je La Kau Tu Dah Mandul Kan Senang…” – Watie Jawab Tuduhan Netizen Mengenai Kehamilan
Next articleTampil Membela Diri Mengenai Sejarah Perang, sekali Michael Ang Jadi Sasaran Kecaman Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here