Banjir yang melanda di beberapa tempat dilihat sudah semakin pulih. Namun masih ada juga beberapa tempat yang airnya masih lambat surut. Menerusi video yang telah tular di tiktok @kebunibrik diperlihatkan keadaan tempat tersebut yang masih lagi bertakung airnya. Lokasi kawasan tersebut dikatakan di Parit Raja, Batu Pahat.
Dalam video tersebut dapat dilihat pemilik video yang juga pemilik sebuah cafe merakamkan situasi dia menjaring ikan di situ. Hasil tangkapan di situ tidak mengecewakan. Katanya, dia tidak dapat membuka cafe berikutan dengan banjir yang masih belum surut. Dalam ruangan komen, ramai menyuruh mereka membuka sahaja cafe itu.
“bukak je ! boleh fefeling healing sambil makan hihi”
“mungkin bole je bukak mcm biase.. kdg2 Cust pown suke kn Experian yg lain dari yg lain.. cafe dlm air”
“takpa bang, buat makan dalam air cam kat baling kedah..syok gak..rendam kaki..”
Baca juga : Sebak ! Wanita 21 Tahun Sanggup Redah Banjir Sepanjang 21KM Demi Menjaga Kucing Kesayangannya
Baca juga : Rezeki Mangsa Banjir, Seorg Nelayan Dpt Ikan Kelah Merah Bernilai Rm3 Ribu
Lihat video di bawah :
View this post on Instagram
Lihat juga komen warganet :
@yanaa : semoga dipermudahkan urusan dimurahkan rezeki..redha aje la nak buat mcm mana semuanya ujian…walau pun kdg lelah jgk…
@dekna1990 : mcm seram tngok air banjir..tkt ulaq
@AJ : Dulu 2006 macam ni juga. Kg ayah saya sebelah kafe ni. Air termemung
@Rina1608 : Terasa nak join juga tangkap ikan.
@longjenny817 : Cantik view tu sebenarnya
@KofiBro! : jangkaan JPS kata akan surut antara 2-4 minggu lagi.lps tu tanah basah tu nk kering satu hal la plak yer..moga dipermudahkan urusan.aminn
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Tiktok dan Instagram