Sejak dua menjak ini, panas isu Syamsul Yusof sudah berkahwin dua di laman sosial. Banyak desas desus mengatakan dia berkahwin dengan anak kepada pelakon terkenal, Kazar iaitu Ira Kazar. Ia makin hangat dek kerana isterinya, Puteri Sarah acap kali mengeluarkan statement baharu mengenai isu tersebut. Selepas lama mendiamkan diri, pengarah tersohor, Syamsul Yusof akhirnya tampil bersuara berkenaan kemelut rumah tangganya bersama Puteri Sarah Liyana yang setiap hari mencetuskan kontroversi baru.
Syamsul memaklumkan akan segera menerangkan segala tanda tanya ramai terutamanya berkenaan isu kahwin dua yang tular beberapa bulan kebelakangan ini.
“Sudah tiba masanya saya bersuara tentang hal ini. Saya pun dah penat dan percaya netizen pun letih. Insya-Allah dalam masa terdekat ini saya akan menjawab dan meleraikan satu persatu kepada umum.
“Berikan saya masa sedikit untuk selesaikan semuanya. Dalam masa terdekat Insya-Allah saya akan berikan titik noktah kepada semua permasalahan ini,” ujarnya
Namun begitu, menerusi Insta Story isterinya yang juga pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia seakan memerli semula Syamsul yang dikatakan cuba ‘play victim’ dengan konflik yang dilalui mereka ketika ini.
“Dah keluar gua tapi play victim pulak. Takpelah janji settle. Stay classy they said,” – Puteri Sarah.
Moga dipermudahkan segala urusan antara pasangan sama cantik sama padan ini. Adalah lebih baik jika ia dapat diselesaikan dengan pantas dan tertutup dalam kalangan keluarga. InsyaAllah peminat sentiasa mendoakan kebahagian kalian berdua.