Home Isu Semasa “Comel Je Perangai” Gaya Sempoi Syamel Dan Ernie Zakri

“Comel Je Perangai” Gaya Sempoi Syamel Dan Ernie Zakri

98
0

Pasangan penyanyi dikenali sebagai Syamel dan Ernie Zakri ini sering mencuri perhatian umum sejak akhir-akhir ini. Manakan tidak kedua-duanya sering berkongsikan telatah sempoi masing-masing menerusi laman sosial mereka.

Malah baru-baru ini rakaman gaya sempoi Syamel dan Ernie Zakri telah membuatkan ramai terhibur. Dalam video tersebut kelihatan Syamel dan Ernie keluar dari satu pintu sambil menari dan membawa beg bagasi.

Kedua-duanya menari keseronokan dengan kedengaran lagu latar dari nyanyian Hael Husaini berjudul Kelentang Kelentong. Gaya macam nampak mahu pergi bercuti sahaja pasangan ini! Berikut adalah rakaman gaya sempoi Syamel dan Ernie Zakri yang dimuat naik menerusi akaun TikTok salah seorang dari mereka:


Sakan nampaknya Syamel dan Ernie Zakri ya! Apa-apa pun kedua-dua penyanyi ini sememangnya cukup sempoi dan boleh tahan kelakar orangnya. Perkongsian rakaman telatah pasangan ini telah meraih lebih 600 ribu tontonan dan 56 ribu likes. Rata-rata warganet tertarik menyaksikan rakaman ini dan meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Rupanya kelakar Kak Ernie ni..Lagi dapat husband melayan memang masok air”

Gaya Sempoi Syamel 4

“Aaaa…comel la korang. Macam mana la anak korang nanti”

Gaya Sempoi Syamel 3

“Alaaaa kenapa Kak Ninie comel sangat bang mel. Pandai bang mel jaga kak ninie..Love sangat pasangan ni”

Gaya Sempoi Syamel 2

“Tak padan yang pregnant tu kan. Comel je perangai”

Gaya Sempoi Syamel 1

Sumber:mStar

Previous articleAnak serba salah… tauhu berlauk laris selepas Tokti reviu di IG, ibu pula kritikal di hospital, akhirnya nekad berhenti kerja jurutera
Next articleAriff Bahran pula campak duit, netizen tegur ‘jangkit’ perangai Iqbal – “Untuk content je, sekadar nak bergurau”
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here