Home Hiburan Che Ta ‘Nyanyi’ Ku Ikhlaskan, “Wow! Penuh penghayatan betholll!”

Che Ta ‘Nyanyi’ Ku Ikhlaskan, “Wow! Penuh penghayatan betholll!”

182
0

Lagu berjudul Ku Ikhlaskan ini menjadi antara yang cukup popular hari ini. Asalnya dinyanyikan oleh usahawan kosmetik, Dato’ Seri Vida, lagu tersebut terus menjadi pilihan ramai selebriti untuk menyanyikannya semula.

Selepas beberapa penyanyi menghasilkan video menyanyikan semula Ku Ikhlaskan, giliran Rozita Che Wan pula membuat rakaman. Ramai yang mengetahui Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan Che Ta adalah seorang pelakon.

Agak-agaknya macam mana gaya bunyi bila Che Ta nyanyi Ku Ikhlaskan ini? Satu rakaman pendek yang dimuat naik menerusi akaun Instagram milik pelakon ini memaparkan dirinya sedang menyanyi sambil turut kedengaran lagu Ku Ikhlaskan.

Memilih latarbelakang di dapur, gaya Che Ta menyanyi dengan penuh penghayatan telah mencuri perhatian warganet. Berikut adalah perkongsian rakaman selebriti jelita ini:

Amboi Che Ta nyanyi memang penuh penghayatan ya! Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 275 ribu tontonan dan hampir 10 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Feel dia lain macam..Ha tepukk”

che ta nyanyi 5

“Wow, penuh penghayatan betholl”

che ta nyanyi 4

“Boleh join The Mask Singer tahun depan”

che ta nyanyi 3

“Orang tua2 tak bagi nyanyi kat dapoq dapat laki tua..Cik Ta nyanyi kat dapoq terbalik pulak”

che ta nyanyi 2

“Hamboi Che Ta…Janji miming tak lari na…”

che ta nyanyi 1

Sumber: HCL

Previous articleTakbir Raya Disangka Azan Buka Puasa, Gelagat Ain Edruce Dan Wany Hasrita ‘Crack’ Habis
Next articleTayang Lengan Bilal Gebu Brketul, Neelofa Throwback Saat Tahu Hᾰmil – “Next Nk Tngk Reaksi Pak Ustaz Pula!”
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here