Home Hiburan Takbir Raya Disangka Azan Buka Puasa, Gelagat Ain Edruce Dan Wany Hasrita...

Takbir Raya Disangka Azan Buka Puasa, Gelagat Ain Edruce Dan Wany Hasrita ‘Crack’ Habis

97
0

Ain Edruce, salah seorang selebriti yang memiliki personaliti tersendiri membuatkan dirinya sering menjadi tumpuan warganet. Perangainya yang kadang-kadang boleh dikatakan agak ‘gila-gila’ menjadikan Ain Edruce antara selebriti yang boleh membuatkan peminat tertawa dengannya.

Malah baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan Ain Edruce berada di studio bersama penyanyi terkenal, Wany Hasrita telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak, dalam video pendek itu kelihatan dua wanita ini sedang bergurau senda.

Namun tiba-tiba kedengaran Takbir Raya dipasangkan. Apa membuatkan ramai terhibur apabila melihat reaksi Ain Edruce yang terlalu teruja kerana disangkakan Takbir Raya itu adalah azan buka puasa.

Korang saksikan sendiri perangai Ain Edruce ‘crack’ habis selepas mendengar Takbir Raya disangka azan buka puasa dalam perkongsian ini:

Sampai macam itu sekali ya? Tapi ramai terhibur menyaksikan keletah pengacara ini. Video Ain Edruce dengar Takbir Raya disangka azan buka puasa ini telah meraih lebih 400 ribu tontonan dan 67 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen seperti berikut:

“Lapar sangat tu sampai takbir ngan azan pun bunyi sama”

takbir raya disangka 4

“Ain Edruce tak pernah tak lawak. Tak pernah tak mengecewakan”

takbir raya disangka 3

“Hahaha..Aduhhh penat aku nak gelak”

takbir raya disangka 2

“Eh tu kan takbir raya”

takbir raya disangka 1

Sumber: HCL

Previous article“Doakan Agar Urusan Kami Dipermudahkan”- Zulin Aziz Tunai Umrah Bersama Suami
Next articleChe Ta ‘Nyanyi’ Ku Ikhlaskan, “Wow! Penuh penghayatan betholll!”
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here