Home Uncategorized Bumbung Kapal Terbang Boeing 737 Tercabut, Rupanya Ini Puncanya

Bumbung Kapal Terbang Boeing 737 Tercabut, Rupanya Ini Puncanya

475
0

Ngeri, pelik tapi benar. Bumbung kapal terbang Boeing 737 milik Aloha Airlines telah tercabut ketika penerbangan dari Hilo ke Honolulu pada 28 April 1988 pada ketinggian 7300 meter. Sebelum penerbangan, kapal itu sudah diperiksa terlebih dahulu. Namun tiada tanda-tanda kerosakan yang ditemui.

airport

Pada ketinggian 7300 meter, suatu letupan berlaku menyebabkan bumbung pesawat itu tercabut. Pada waktu itu, penumpang di tempat duduk baris ke 5, Clarabelle Lansing telah tercampak keluar ketika bumbung kapal terbang tu tercabut.

g3

g4

65 penumpang yang lain cedera namun juruterbang telah berjaya membawa pesawat mendarat dengan selamat di Kahului Airport

Kejadian ni berlaku disebabkan oleh satu keadaan yang dipanggil sebagai metal fatigue. Ia faktor daripada kegagalan pihak pemeriksa dan selenggara (AQ) yang tidak dapat mengesan kerosakan daripada awal.

Sekadar info, kapal tersebut telah terbang sebanyak 89680 kali dan sebanyak 35496 jam penerbangan.

Moga perkara ini tidak berlaku lagi di masa akan datang. Amat berbahaya untuk penumpang. Nyawa tidak boleh dibeli, jadi pihak kapal terbang wajib membuat pemeriksaan yang sebaiknya.

 

Previous article“Cubaan Elak Bayar Tol Gagal” – Netizen Puas Hati
Next articleJadi Imam, Rider Foodpanda Dapat Pujian Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here