Home Netizen “Cubaan Elak Bayar Tol Gagal” – Netizen Puas Hati

“Cubaan Elak Bayar Tol Gagal” – Netizen Puas Hati

164
0

Menerusi satu video klip yang dikongsi di Tiktok Malaysian Update dapat dilihat sebuah rakaman dashcam milik pengguna jalan raya tular apabila menunjukkan situasi dimana kegagalan sebuah kereta membolosi lorong tol secara haram. Hal tersebut membuatkan netizen berpuas hati dengan rakaman video tersebut.

Rakaman tersebut tular sejak semalam dimana kereta yang tidak dapat dikenalpasti no plat cuba untuk membolosi palang dengan cara mengikut rapat kereta di hadapannya.

tol

Baca juga : Penunggang Motosikal Dikecam, Masuk Laluan Tol

Baca juga : Jem Punya Pasal, Ramai-Ramai Berjalan Keluar Kereta. Dah Macam Kenduri

Klik Link Di Bawah Untuk Video Penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Rose Biru (@rosebirumedia)

Dalam video tersebut, dapat kita lihat pemilik rakaman tersebut iaitu @fizazzul bertindak memberhentikan kenderaan di lorong tol sambil cuba memanggil pengawal keselamatan yang berada di sekitar tol tersebut. Dapat didengari dalam video tersebut pemilik rakaman tersebut menjerit dan memberitahu bahawa pemandu di belakangnya tidak mahu membayar tol.

Tindakan Fizazzul kemudiannya membuatkan pemandu di belakangnya cuba untuk keluar daripada kereta namun Fizazzul terus memecut laju kenderaannya yang akhirnya membuatkan kereta di belakangnya tidak dapat melepasi palang tol tersebut. Netizen di ruangan komen berpuas hati dengan tindakan Fizazzul dan memuji tindakan Fizazzul yang dikatan dapat memberi pengajaran kepada pemandu tersebut yang culas untuk membayar tol.

 

Lihat juga kata netizen :

@MonsterQ : u memang pandai, tggu die kluar u pecut, pagar auto tutup

@MiloKotak510 : good job bang . kena ajar org mcmni

@sharul_66 : terbaik bang 2ringgt ke 3ringgt pn tak boleh bayar..

@AbangShah : sy tgk ulang kali biar dia kena bayar banyak kali. puas hati aku

@YamaLock : Scene paling puas hati,bila palang tu turun dgn laju

Video yang dikongsikan tersebut membuatkan ramai orang berpuas hati selain berharap kejadian tersebut dapat menjadi pengajaran buat pemandu kenderaan yang lain.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleJem Punya Pasal, Ramai-Ramai Berjalan Keluar Kereta. Dah Macam Kenduri
Next articleBumbung Kapal Terbang Boeing 737 Tercabut, Rupanya Ini Puncanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here