Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan di aplikasi Youtube oleh akaun Buletin TV3, dan telah ditular baru-baru ini.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana orang awam temui seorang bayi lelaki yang telah dibuang hingga dihurungi kerengga di Pahang. Dikhabarkan bayi itu kemungkinan baru sahaja dilahirkan sekitar 3 jam yang lalu selepas ditemui, tali pusat pada bayi tersebut sudah dipotong dan masih mempunyai kesan darah dibadannya. Saksi bernama Halizawati berusia 31 tahun mengatakan bayi itu ditemui oleh jirannya disebuah batang pokok di Kampung Peramu, Tanjung Lumpur pada 29 April 2023 sekitar jam 12.30 tengah hari semalam. Oleh itu, penduduk segera menghubungi pihak berkuasa untuk mengambil tindakan seterusnya.
Netizen turut memberi komen mengenai kes ini, mengatakan berasa kasihan dan sebak melihat kondisi bayi lelaki tersebut yang dihurungi kerengga. Ada juga yang mendoakan semoga bayi lelaki itu diberikan kesihatan yang baik dan panjangkan umurnya. Netizen juga berterima kasih kepada orang awam yang menemui bayi tersebut kerana mengatasi situasi itu dengan cepat. Perkongsian video klip di Youtube ini telah mendapat sambutan orang ramai sebanyak 8K penonton, 197 sukaan dan 103 komen.
Baca lagi: Anzalna Kongsi Rezeki Bantu Bapa Tunggal Dan Bayi Shopping Brgn Bayi Buat Ramai Sebak
Baca lagi: Sedih ! Wanita Sempat Lahirkan Bayinya Sebelum Maut Tersepit Ketika Gempa Bumi Di Syria
Lihat klip durasi pendek dibawah:
Lihat apa juga kata orang ramai:
Minah Yahya: Moga bayi itu sehat sejahtera…di carikan kluarga angkat untuk kesejahteraan hidupnya..
Trexx Fahmi: Terima kasih Ya Allah mengerakkan hati org awam utk lalu dan perasan akan bayi yg bersih x berdosa. Mak/bapak jenis pandai buat & buang ni satu hari akan mendapat balasan setimpal atas perbuatannya, jgn risau terlepas di dunia akhirat menanti.. Semoga baby tu dpt keluarga angkat yg baik dan penyayang
Adie Mazuwie: Mudah2an bayi tu sihat walafiat dn selamat dunio akhirat
mazzkgbaru 123: Ya Allah ya Tuhan ku..alhamdulillah ya Allah krn tlh di jumpai Dan di selamatkan, smg Allah panjangkan umurnya Dan membesar dgn sihat smg menjadi hamba-Nya yg berjaya di dunia dan di akhirat kelak aamiinn Allahumma aamiinn
nuraisha: astaghfirullahalazim..lagi kes buang bayi..kan dah dibagitahu, serah sahaja pada orang atau di jkm atau pusat tertentu…hukuman berat sepatutnya dibagi pada pelakunya
agustina Taim: Astaga mudah²an anak yg dibuang ini.tak membls perbuatan orgtuanya.berkati lah anak yg dibuang ini.agar menjadi anak yg soleh.
Kroll@: Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar … Kejam nya manusia bila sudah melakukan dosa dan bila membuat dosa .. bayi yg tidak bersalah jadi mangsa ..
mie: Org yg kahwin berpuluh tahun belum dikurniakan cahaya mata teringin sgt² nk anak… yg kau senang² buang bayi mcm tu…
Muhd Haniff: Kejam … Moga si bapak si emak bayi ni dihantui dgn perasaan bersalah & xtenang sentiasa..
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Berita TV3