Home Semasa “Bru Kehilangan Ibu Tersayang, Allah Gantikn Dgn Zuriat..” – Ernie Zakri Kongsi...

“Bru Kehilangan Ibu Tersayang, Allah Gantikn Dgn Zuriat..” – Ernie Zakri Kongsi Khabar Gembira

297
0

Penyanyi Ernie Zakri berkongsi khabar gembira apabila mengesahkan dia kini hamil empat bulan.

Ernie berkata, sepanjang tempoh awal kehamilan dia tidak berdepan sebarang alahan teruk, namun memasuki trimester kedua dia sudah mula berasa sensitif terhadap makanan dan mengalami alahan.

“Alhamdulillah usia kehamilan saya sudah memasuki 16 minggu iaitu sekitar empat bulan. Ketika trimester pertama semuanya okay, saya tidak mengalami sebarang alahan. Namun, memasuki trimester kedua ini saya sudah mula sensitif terhadap makanan pedas dan berminyak. Saya akan muntah-muntah serta sudah mula mengalami alahan seperti yang dilalui kebanyakan ibu mengandung,” katanya.

Menurut Ernie, dia tidak pernah berniat untuk menyorok kehamilan sulungnya itu, sebaliknya berharap orang ramai memahami situasi dan keadaan yang dilalui dirinya dan suami yang juga penyanyi, Syamel yang kehilangan ibu tercinta bulan lalu.

“Sebenarnya kami memang nak berkongsi berita ini lebih awal tapi disebabkan ketika itu arwah umi Syamel jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia, kami rasa ia bukan waktu yang tepat untuk meraikan berita gembira ini.

“Biarlah keadaan kembali tenang dan seluruh ahli keluarga sudah cukup kuat dan reda dengan pemergian arwah umi. Kami tiada niat langsung nak sorok kehamilan. Jika ikutkan hati memang nak berkongsi lebih awal tapi tak terkeluar dalam waktu yang sangat sensitif untuk keluarga kami,” katanya.

Ditanya adakah arwah ibu Syamel, Allahyarham Wan Faaizah Karim sempat mengetahui berita kehamilannya, Ernie berkata, arwah begitu teruja sebaik mengetahui perkara itu.

“Sebelum umi nak dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), kami sempat membuat panggilan video dengannya. Alhamdulillah umi sangat gembira dan teruja.

“Kami bersyukur sangat apabila umi serta seluruh ahli keluarga sudah mengetahui berita gembira ini. Cuma sedih apabila arwah tak sempat untuk melihat cucu sulungnya,” katanya.

Wan Faaizah meninggal dunia pada 23 Ogos lalu selepas dua bulan dirawat di sebuah pusat perubatan di ibu kota akibat kekurangan oksigen. Syamel dan Ernie mendirikan rumah tangga pada 26 Mac lalu di Masjid Puncak Alam, Selangor.

Rata rata netizen mendoakan kebaikan buat pasangan ini:

“Bru kehilangan ibu tsyg ..allah gantikn dgn zuriat, Moga dpmudhkn proses khamilan .dan jaga diri sbaiknya amin…”

WhatsApp Image 2021 09 24 at 23.28.04

eeww

Syamel dan isteri, Ernie bersama ibu bapanya pada majlis perkahwinan mereka.

Terdahulu, Ernie Zakrie turut meluahkan perasaan gembira kerana dapat Ibu Mertua yang baik.

“Allah pinjamkan umi untuk saya selama lima bulan saja. Tiada kekesalan, hanya kenangan yang manis-manis,” kata penyanyi Ernie Zakri mengenai ibu mentuanya, Wan Faaizah Karim, 55, yang meninggal dunia pada tempoh hari yang lepas.

“Rezeki saya dapat ibu mentua yang terlalu baik, kelakar, ‘sporting’, penuh dengan pesanan dan nasihat. Terlalu banyak yang saya belajar dengan umi, walaupun diberi masa singkat.

“Saya tidak tahu sama ada saya sudah menjadi menantu yang baik kepada umi dan ayah, tapi apa yang pasti, umi sudah menjadi ibu dan ayah mentua yang baik kepada saya,” katanya.

“Terima kasih umi. Saya sayang umi sangat. Hanya Allah yang tahu. Terima kasih untuk semua kenangan indah. Terima kasih juga untuk mereka yang mendoakan umi. Semoga yang baik-baik Allah balas kepada anda semua,” katanya.

“Dia (umi) sayangkan awak sangat-sangat. Ingat senang nak ‘approve’ (luluskan) orang lain jagakan anak umi,” katanya.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: HM

Previous articleBaru Sahaja Tawar Hati Dgn Vida, Kali Ini Iqbal Nyatakan Terkilan Dgn Catriona Ross, Muka Iqbal Kali Ini Mmg Sayu.
Next articleSuami Boleh Solat Jumaat Tanpa Penjarakan Saf, Ini Luahan Lana Nordin – ‘Tiada Diskriminasi Nak Masuk Masjid’
Selain menulis, turut gemar buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang. Sukakan sejarah kerana dengan sejarahlah dapat mengenal tentang diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here