Home Isu Semasa Suami Boleh Solat Jumaat Tanpa Penjarakan Saf, Ini Luahan Lana Nordin –...

Suami Boleh Solat Jumaat Tanpa Penjarakan Saf, Ini Luahan Lana Nordin – ‘Tiada Diskriminasi Nak Masuk Masjid’

125
0

Acap kali berkongsi video kehidupan di Amerika Syarikat (AS), pelakon Lana Nordin mendedahkan kepada umum bahawa solat jumaat di Amerika Syarikat boleh dilakukan secara berjemaah tanpa penjarakan saf. Menurut Lana, suaminya iaitu David McKienzie dapat menunaikan solat tersebut di Masjid Hazmah di Clearwater, semalam.

Saf di sini tidak ada penjarakan

Screen Shot 2021 09 25 at 9.55.12 AM

Alhamdullilah. Thank you Allah swt. Hari ni saya dan suami @david_mckienzie dapat menunaikan solat Jumaat berjemaah dekat Masjid Hamzah di Clearwater. Alhamdullilah, dengan izinNya, masjid ini hanya beberapa minit sahaja dari tempat tinggal kami.

Menurut Lana, dia dan suami bersyukur kepada Allah kerana diberi peluang untuk menunaikan solat Jumaat secara berjemaah di sebuah masjid berhampiran kediaman mereka. Ujar Lana, solat Jumaat di sana tidak perlu penjarakan saf. Bahkan, semua jemaah di.ga.lakkan untuk merapatkan saf antara satu sama lain dan tiada sebarang diskriminasi yang dikenakan kepada mana-mana individu sebelum masuk ke masjid.

Surprisingly ramai umat islam menunaikan solat jumaat dan semasa kami solat jumaat, saf di sini tidak ada penjarakan sama seperti saf sebelum wujudnya co.vid dan tiada diskriminasi yang dikenakan untuk memasuki masjid ini. MasyAllah.

Semoga Malaysia pulih

Thank you Allah kerana permudahkan semuanya untuk kami sekeluarga. Insyallah, semoga Allah akan permudahkan keluargaku, saudaraku dan sahabatku di Malaysia dan semoga Malaysia pulih semula. Semoaga Allah lindungi umat umatNya walau dimana kita berada. Thank you Allah for this opportunity.

Di akhir posting tersebut, Lana mendoakan yang terbaik buat seluruh ahli keluarganya dan sahabat yang berada di Malaysia. Jelas Lana, dia berdoa semoga Malaysia kembali pulih seperti biasa.

Sumber: Lana Nordin via ohbulan

Previous article“Bru Kehilangan Ibu Tersayang, Allah Gantikn Dgn Zuriat..” – Ernie Zakri Kongsi Khabar Gembira
Next article‘Rumah Ajaib’ Selamat Dari L4va Di Kepulauan Canary
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here