Home Isu Semasa “Bercinta Dengan Engku Emran..” – Kali Ini Fiza Halim Sendiri Beri Jawapan

“Bercinta Dengan Engku Emran..” – Kali Ini Fiza Halim Sendiri Beri Jawapan

421
0

Fiza Halim menjawab segala dakwaan yang ditimbulkan oleh netizen netizen kononnya dia menjalin hubungan cinta dengan ahli perniagaan Engku Emran Engku Zainal Abidin.

Menurut laporan Harian Metro dan juga OMM, Fiza atau nama penuhnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim berkata, dia tidak pernah bertemu abang ipar selebriti popular Neelofa itu sekali gus menganggap dakwaan tersebut tidak berasas.

“Saya sendiri terkejut dengan dakwaan itu kerana tiada angin tiba-tiba keluar gosip itu. Saya dapat tahu cerita itu daripada kawan dan kakak angkat yang ‘screenshot’ (tangkap layar) mengenai komen peminat itu di Instagram.

“Saya sendiri tidak pernah kenal pun Engku Emran dan hanya mengetahui mengenai dirinya dengan bekas isterinya iaitu Erra Fazira dan Laudya Cinta Bella pun di TikTok.
“Saya tidak tahu dari mana datangnya dakwaan kami bercinta itu,” katanya.

Pelakon berusia 42 tahun itu berkata, dia juga hairan mengenai dakwaan bahawa Engku Emran pernah membawa anak-anak perempuannya keluar.

Mana ada bawa anak-anak keluar!

“Saya pelik bila keluar cerita Engku Emran dipercayai membawa anak-anak saya keluar sedangkan mereka tidak boleh keluar rumah sesuka hati pun.

“Tidak logik jika Engku Emran bawa anak-anak saya keluar tanpa pengetahuan saya,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, bekas anggota kumpulan Elite itu enggan mengambil peduli kerana sudah lali soal gosip dan kecaman yang dihadapi selama ini.

sinetronmalaya.com lfiza

Kredit Foto : IG Fiza Halim

“Saya sudah 25 tahun berkecimpung dalam dunia seni dan terima apa saja kecaman netizen. Saya hidup dengan dunia sendiri dan tak kacau hidup orang pun,” katanya lagi.
Difahamkan, isu tercetus selepas tular sekeping gambar Engku Emran bersama dua remaja perempuan yang didakwa anak kepada Fiza.

Baca Juga: “Wahh lain mcam sekarang..” (Video) Gara-Gara Hal Ini Fiza Halim Jadi Tumpuan.

Baca Juga: 3 Kali Kecund4ng, Fiza Halim Tergamam Dilamar Duda VIP

Namun segelintir netizen mengatakan, remaja tersebut adalah anak saudara Engku Emran iaitu Maja dan Aisa, bukan anak Fiza seperti yang didakwa.

Sebelum ini, status rumah tangga Engku Emran dan isteri Noor Nabila menjadi tanda tanya selepas didakwa sudah tidak tinggal sebumbung dan dalam proses perceraian.

Manakala Fiza pula pernah tiga kali mendirikan rumah tangga, namun ketiga-ketiga perkahwinan terbabit berakhir dengan penceraian.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Harian Metro (Ramlah Zainal), Instagram Fiza Halim

Previous articleSaari Amri Beri Teguran Kepada Dato’ Hattan, Buat Ramai Yg Setuju
Next article“Dia Cakap ‘Noob’, Kalau Dengar Nama Ezany Ni” -Ezany Zinariff
Selain menulis, turut gemar buat aktiviti lasak tapi tak tahu berenang. Sukakan sejarah kerana dengan sejarahlah dapat mengenal tentang diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here