Home Hiburan Berang Dituduh Ahli Freemason, Shuib Beri 24 Jam Untuk ‘Berkenalan’ Dengan Individu...

Berang Dituduh Ahli Freemason, Shuib Beri 24 Jam Untuk ‘Berkenalan’ Dengan Individu Tersebut

159
0

Shuib berkongsi di akaun Instagram miliknya memaparkan hantaran dari pengguna Facebook berkenaan. Menerusi hantaran berkenaan, individu tersebut mendakwa arwah Siti Sarah dipaksa ditidurkan kerana Shuib ingin membuktikan pada ibu-ibu mengandung tentang risiko tidak mengambil vaksin. Bukan itu sahaja, pengguna Facebook tersebut juga mendakwa organisasi yang bermula dengan huruf F itu menggunakan artis untuk mempromsikan vaksin.

suib

Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib sudah hilang sabar apabila seorang pengguna Facebook menuduh dia sebagai antara ahli sebuah organisasi bermula dengan huruf F dipercayai merujuk kepada Freemason. Shuib atau Shahmira Muhammad, 39, berkata, dia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan berhubung tuduhan jahat dilemparkan terhadap dia yang turut mengaitkan Allahyarham isterinya iaitu Siti Sarah Raisuddin.

“Banyak hari saya sabar, hari ini saya terpanggil untuk berkenalan dengan Mamat ini yang mana tulisannya terlalu hebat dan berani.
“Kenapa kau libatkan arwah isteri aku Siti Sarah? Freemason? Apa yang kau tahu? Meh cakap depan-depan aku! “24 jam cari aku! Peguam tengah jalankan kerja. Tunggu!” katanya.

Berhati-hati sebelum berkata-kata. Jangan selamba membuat fitnah tidak kira kepada artis atau sesiapa sahaja kerana ia akan memakan diri sendiri. Moga individu tersebut dapat serahkan diri dan selesaikan perkara ini. Kepada anda semua, ambillah perkara ini sebagai iktibar.

Jangan lupa komen yang baik-baik yaa..

Previous articleAliff Syukri Dedah Bekas Menteri Pernah Berhutang Berpuluhan Ribu, Sekali Ini Tindakan Beliau
Next articleAliff Syukri Dedah Perbualan Whatsapp Dengan Tan Sri, Ramai Terkedu Ayat Akhir Beliau

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here