Home Uncategorized Bekas Suami Tak Jenguk Anak? Sekali Ini Respons Shila Amzah Buat Ramai...

Bekas Suami Tak Jenguk Anak? Sekali Ini Respons Shila Amzah Buat Ramai Terkejut

313
0

Penyanyi terkenal Shila Amzah baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan influencer, Ubai baru-baru ini. Perkahwinan itu mendapat perhatian ramai dek kerana peminat bersyukur akhirnya Shila Amzah bertemu kebahagiaan.

Hasil perkahwinan Shila Amzah dengan bekas suaminya dahulu, Haris Idraki Elias mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Shila dan suami, Ubai dilihat bersama-sama menghantar anak lelaki mereka itu ke sekolah pagi tadi.

Bagaimanapun, terdapat individu yang bertanyakan tentang bekas suami penyanyi tersebut iaitu, Haris Idraki Elias susulan sosok lelaki itu jarang dilihat berada bersama anak mereka.

Maaf saya bertanya, bapa kandung Seth memang tak jenguk anak dia ke?

Tidak cepat melatah, pelantun lagu Memori Tercipta itu kemudian memberi respon terhadap komen berkenaan dengan menyatakan bahawa dia lebih mengutamakan tentang kebahagiaan Seth.

Tak apalah, yang penting sekarang Seth ‘happy’ je, doakan yang baik-baik.

seyla

Sekadar info, Shila dan Ubai selamat mendirikan rumah tangga mereka dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur pada 4 Ogos lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

Imbas kembali, Shila pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris pada April 2018. Namun disahkan bercerai pada Februari 2022.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia empat tahun.

Previous article“Maaflah Muka Dah Senget Hasil Dari Sihir Syaitan Ni…” – Nonny Nadhirah
Next article“Saya Sedar Bahawa Isu Itu Menyentuh Sensitiviti Rakyat Malaysia…” – Amir Ahnaf

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here