Menerusi perkongsian klip durasi pendek ini disiarkan oleh akaun Tiktok suciuwais, dan telah ditular baru-baru ini
Raisuddin Hamzah merupakan seorang penyanyi dan pelakon Malaysia era 1980-an. Anaknya Siti Sarah Raisuddin turut menjadi penyanyi pada ketika itu sehinggalah pada tahun 2021, anaknya meninggal dunia akibat serangan C0vid-19.
Baru-baru ini juga Shuib atau nama sebenarnya ialah Shahmira Muhammad telah bertunang bersama Watie Hanifah yang merupakan seorang usahawan dalam produk kecantikaN, dan pasangan ini akan dinikahkan pada 23 Jun ini.
Dalam video klip ini menunjukkan di mana majlis pertunangan Shuib dan Watie Hanifah yang berlangsung pada 7 Mei, semalam. Namun kapsyen yang telah ditulis di dalam video klip ini juga telah tarik perhatian ramai.
“Kami sebagai wakil keluarga datang untuk merisik suri di hati Shuib”
“Alhamdulillah selesai majlis ini, yang dipinang sendiri oleh Abah (Raissuddin Hamzah) Terima kasih untuk doa-doa yang baik untuk kami semua”
Baca lagi: Dah Tak Sebulu Dengan Jep? Rupanya Ini Sebab Shuib Tidak Masuk Sepahtu Reunion
Baca lagi: “Bercinta Dengan Engku Emran..” – Kali Ini Fiza Halim Sendiri Beri Jawapan
Lihat klip durasi pendek majlis pertunangan Shuib dan Watie Hanifah:
View this post on Instagram
Netizen turut memberi komen mengenai kapsyen dalam video klip ini serta reaksi bapa arwah Siti Sarah menjadi wakil keluarga untuk merisik Watie Hanifah untuk Shuib. Netizen mengatakan bahawa risikan itu bukanlah pilihan daripada Shuib, malah bapa arwah Siti Sarah merasakan Watie dapat menggantikan tempatnnya untuk menjaga anak-anak serta amanahnya yang arwah tinggalkan.
Selain itu, ada juga yang mengatakan berasa sebak apabila bapa arwah Siti Sarah sendiri menjadi wakil untuk Shuib dan menganggap Shuib sebagai anaknya. Netizen turut mendoakan semoga mereka dipermudahkan urusan.
Lihat apa kata orang ramai:
@…: masyaallah en.raisuddih ni sangat luas jiwa dia betul betul dia anggap shuib anak dia bukan menantu.aku pulak yang sebak tengok dia senyum.
@amirafarhana707: sebaknyaa ..aku pk apa perasaan arwah sarah wlopon dia dah meninggal
@Lara Qistina: Ayah sarah dapat rasa ape yg sarah rasa dulu,anak2 shuib skrng pun perlukan mak baru macam mana sarah perlukan dlu ,sbb ayah die pun kawin baru
@Anis: keluarga arwah Sarah pun Sporting.yg penting anak2 Dh selesa. smoga berkekalan
@Siti Anina: kita doa yang baik2..
semoga ikatan kekeluargaan yang dah terjalin sebelum ini kekal selamanya walaupun hadir keluarga yang baru.
@acik aniey: semoga watie pn dpt terima ayah arwah dan mak der seperti mn shuib
@MonaMonster: syukur alhamdulilah smoga dipermudhkan smuanya nnti….kita sbgai manusia kena terima takdir dan kena redha dgn apa yg jdi amin
@Unknown1907: Respect sangat abah arwah siti sarah. Semoga menjadi teladan yang baik.
@Ira nazira: tgk ni auto teringat arwah..tp..moga kalian bahagia hingga hujung nyawa bersama anak2
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram