Home Hiburan Baru Je Atu Zero Mohon Maaf Pada Nabila Razali, Sekali Ini Pula...

Baru Je Atu Zero Mohon Maaf Pada Nabila Razali, Sekali Ini Pula Respon Isteri Atu Zero

241
0

Beberapa hari lepas, tular di media sosial apabila Nabila Razali memuat naik satu luahan rasa kecewa terhadap sikap pelawak Atu menerusi IG Story miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Nabila Razali ada memuat naik satu keratan klip kenyataan Atu menerusi program The Masked Singer dengan mengatakan bahawa Nabila Razali tidak boleh menyanyi secara live. Hal ini disebabkan sudah banyak kali heboh di media sosial yang Nabila Razali sering terkucil ketika menyanyi live. Jadi, Atu tidak memikir panjang dan telah berkata sedemikian.

Dalam program Masked Singer tersebut, salah seorang peserta menggunakan gelaran Si Tangkis menyanyikan lagu Pematah Hati dan suaranya itu mirip sekali dengan penyanyi asal, Nabila Razali

Pada mulanya, penyanyi terkenal tanah air, Misha Omar kagum dengan kebolehan peserta tersebut dan memuji suara yang dimilikinya, kemudian Atu menyampuk seolah-olah mempertikaikan kebolehan nyanyian Nabila Razali. Dia Berkata ‘Tapi Nabila Razali tidak boleh menyanyi live’

Bagi yang mengikuti Nabila Razali di Instagram pasti akan perasan dengan perkongsian klip tersebut dan kenyataannya, dia kecewa dengan tindakan pelawak yang menyindir dirinya itu.

Nabila Razali berkata, lawak sindiran itu dikatakan tidak wajar sama sekali dan tiada beza dengan lawak body shamming dan menggesa pelawak agar untuk mencari idea dan kandungan yang lebih elok untuk dijadikan bahan ketawa. Bukannya dengan merendahkan orang lain yang secara tidak langsung menyakitkan hati mereka.

“Setiap tahun, saya cuba untuk memperbaiki diri, hanya peminat tegar tahu peningkatan saya.

“Kepada semua pelawak, cubalah cari bahan lebih baik untuk membuatkan orang ketawa. Saya tidak nampak perbezaan lawak ini dengan tindakan ‘body shaming’.”

“Saya tidak marah, cuma sedikit kecewa. Mungkin ada orang perlu menjatuhkan orang lain demi membuatkan dirinya menyerlah.”

nabila razali

Berikutan dengan tindakan itu, Atu atau nama sebenarnya Sharid Kunal Doli Sharif, 31 mengatakan bahawa dia telah menghantar mesej kepada Nabila untuk membuat permohonan maaf, lapor Berita Harian.

“Saya mohon maaf kepada Nabila dengan menghantar mesej langsung dalam IG selepas seorang individu memberitahu luahan hati Nabila yang kecewa dengan saya.”

“Bagaimanapun, tiada respon daripada Nabila sehingga saat ini walaupun sudah melihat mesej yang saya hantar.”

Mengakui kata-katanya itu salah, Atu juga berharap komen yang diberikan itu dapat dijadikan sebagai pembakar semangat agar dapat memperbaiki mutu kualiti nyanyiannya.

“Kata-kata saya memang salah, tetapi jika dilihat daripada sudut berbeza, anggaplah ia sebagai pembakar semangat agar dapat menyanyi lebih baik dalam persembahan secara langsung.”

“Apa yang saya cakap adalah perkara betul dan ia juga pernah tular sebelum ini. Jadi, saya bercakap berdasarkan apa yang saya dengar dan lihat sebelum ini.”

Dalam pada itu, Atu juga mengatakan dia akan lebih berhati-hati dalam membuat lawak agar tidak menyinggung perasaan sesiapa pada masa akan datang.

Sementara itu, bagi pihak Atu, isterinya iaitu Shafeeqa Johari turut membuat permohonan maaf kepada Nabila Razali menerusi Instagram miliknya.

“Minta maaf ya Nabila Razali, dia melawak saja tu.”

Dalam pada itu, Shafeeqa juga meminta agar netizen tidak menganggap suaminya itu seorang yang sombong.

Previous article“Mimpi jadi kenyataan…” – Teman lelaki ditangkap tidur bersama sugar mummy
Next article“Tiada Maaf Bagimu..”- Akhirnya Ibu Syamsul Yusof Sendiri Buka Mulut

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here