Home Kisah rakyat Bapa Tiga Anak Lumpuh Akibat Kelapa Jatuh Atas Kepala

Bapa Tiga Anak Lumpuh Akibat Kelapa Jatuh Atas Kepala

58
0

Lima sekeluarga hilang punca pendapatan berikutan ketua keluarga yang selama ini menjadi tulang belakang kini lumpuh akibat buah kelapa jatuh di kepalanya.

Bapa kepada tiga anak itu, Abdul Latif Ibrahim, 34, sedar dari koma selama tiga bulan selepas menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (USM) susulan kejadian pada 10 Mac lalu itu.

Abdul Latif bagaimanapun sudah tidak boleh bercakap dan terlantar hilang kemampuan.

Isterinya, Siti Farhanis Mustapha, 23, yang menceritakan kembali detik hitam itu berkata, Abdul Latif pada hari berkenaan dalam perjalanan menaiki motosikal dari rumah mereka di Pengkalan Chepa menuju ke rumah ibunya di Kampung Tok Dir, Cherang Ruku, Pasir Puteh, untuk membantu membersihkan kebun ibu Abdul Latif.

Menurut wanita itu, sebaik tiba di kampung berkenaan, suaminya membuka topi keledar dan terus menunggang di jalan kampung. Namun, secara tiba-tiba, kelapa yang dipetik oleh dua beruk milik penduduk dari pokok setinggi kira-kira 30 meter terjatuh di atas kepalanya.

“Akibat ditimpa kelapa itu, tempurung kepala Abdul Latif retak dan berlaku pendarahan dalaman selain jari kelingking kaki kanannya patah kerana terjatuh daripada motosikal…”

“Dia menjalani pembedahan membuang tempurung kepala sebelah kiri dan kini hanya terbaring serta memerlukan penjagaan rapi dengan meminum susu daripada tiub serta ditebuk bahagian leher untuk membuang kahak…”

Menurut Siti Farhanis, Abdul Latif menerima katil pesakit yang dipinjamkan daripada Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka.

Abdul Latif sebelum ini memperoleh pendapatan sekitar RM2,000 sebulan sebagai pembuat kek bagi menyara isteri yang tidak bekerja dan anak mereka yang berusia antara lima bulan hingga empat tahun.

Akibat kejadian itu juga, Siti Farhanis terpaksa menyerahkan bayi bongsu mereka kepada adik perempuannya untuk dijaga sementara di Kubang Kerian, di sini.

Sumber: Portal

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Previous articleLans Koperal Muhammad Alif Monjani didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu atas tuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah
Next article30 Hari Tidak Tidur

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here