Speed Trap adalah duri dalam daging buat pemandu di jalan raya yang suka memecut laju ketika memandu terutamanya dilebuh raya. Sekarang ini kamera yang digunakan PDRM semakin canggih dan sistem saman ekor pun sudah diperbaharui dengan surat saman diposkan berserta dengan gambar ketika kejadian. Ramai sebenarnya yang tidak berpuas hati dengan sistem saman speed trap ini yang di pos terus ke alamat rumah kita dan sekali terkena kering jugak la poket untuk bulan tu.
Menerusi sebuah tiktok di akaun @abg_baju_putih, dapat dilihat keadaan di mana aktiviti speed trap dilakukan. Melalui video tersebut, dapat dilihat dengan lebih jelas jalan kerja yang dilakukan oleh pihak polis dalam mengesan kereta yang membawa laju di atas lebuh raya.
Apa yang paling menghiburkan adalah apabila rakaman video tersebut mendapati kereta yang dipandu laju itu adalah kereta polis.
“bang saman polis tu ke”
“Polis saman polis tu biasa, polis gaduh kau siapa kau siap sama polis, lgi lawak tgok”
“ni bru betul tk select”
Lihat video penuh di bawah :
View this post on Instagram
Lihat juga apa komen netizen :
@Nick : kena tutup no plate cmni
@Qiem : surat saman hantar kat balai HAHAHA
@Z : habis yang bayar nya siapa…. guna duit pekerja sendiri atau balai yang bayar nya
@Fairuz Aiman : Ewahh senang buat duit, semoga dipermudah urusan tuan
@Faiz Ieyman : smkin maju tpi kerta bwk x leh laju tauu
Baca juga : Pemuda Ini Bengang, Kena Saman Dsbbkan Nombor Plat Tidak Mengikut Peraturan
Baca juga : “Dah Langgar Lepastu Lari” – Dah 9 Kes Saman Rupanya
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram