Home Uncategorized 16 Calon SPM Di Kuantan Terpaksa Menaiki Truck Ke Pusat Pemeriksaan Akibat...

16 Calon SPM Di Kuantan Terpaksa Menaiki Truck Ke Pusat Pemeriksaan Akibat Banjir

115
0

Enam belas calon Sijil Pelajaran Malaysia dari SM Chong Hwa dekat sini terpaksa menaiki trak Angkatan Pertahanan Awam (APM) ke pusat peperiksaan mereka berikutan beberapa jalan ditenggelami air banjir.

Jurucakap APM negeri berkata, calon yang menduduki peperiksaan lisan SPM hari ini disertai empat guru bersama seorang pengawas peperiksaan.

sinetronmalay.com flood khv

“Kesemua mereka berkumpul di masjid Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (Unipsas) sebelum trak tiga tan APM mengambil mereka kira-kira jam 7.15 pagi. Beberapa kawasan termasuk berhampiran universiti dan pusat peperiksaan dinaiki air.

Baca juga : Lebih Kurang 1,300 Mangsa Banjir Di Kuantan Telah Dipindahkan, Hujan Tidak Henti-Henti Sejak Semalam

Baca juga : Hujan Lebat Dh Melebihi 14 Jam Di Kuantan,Pahang, Air Mula Naik Di Beberapa Kwsn

“Hujan telah berhenti dan cuaca semakin baik. Kami menjangkakan paras air di sepanjang jalan yang dinaiki air akan surut menjelang tengah hari,” katanya.

sinetronmalay.com flood llm

“Jalan menuju ke sekolah itu ditenggelami air, menyebabkan laluan itu tidak boleh dilalui kenderaan. Semua calon SPM yang akan menduduki peperiksaan lisan telah diarahkan menunggu di masjid Unipsas dan pengangkutan akan disediakan ke pusat itu,” katanya.

Justeru, selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon SPM dan semoga meraih kejayaan dengan begitu cemerlang.

 

Sumber : New Straits Times

Previous article“Sedap Lah Abang Korean Ni Nyanyi Lagu Melayu. Tak Pelat Langsung..” – Netizen
Next article“Bang Saman Polis Ke Tu” – Speed Trap Dlm Kereta, Rakam Kereta Polis Disaman

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here