Home Viral Baju pengantin tak muat masuk kereta, sekali Shikin Maembong dedah perkara yang...

Baju pengantin tak muat masuk kereta, sekali Shikin Maembong dedah perkara yang terjadi

182
0

Umum mengetahui, penyanyi, Cat Farish selamat bergelar suami kepada pelakon dan usahawan, Shikin Maembong dengan sekali lafaz dalam satu majlis yang diraikan pada 13 Julai yang lalu, kira-kira jam 9.07 malam.

Di Instagram, Shikin memberitahu dia dan suami terpaksa duduk di belakang ‘pickup’ selepas majlis tersebut selesai. Kenapa?

Gambar pertama suami isteri

Menerusi posting yang baru sahaja dimuat naik, Shikin berkata foto tersebut merupakan foto pertama mereka sebagai suami isteri. Menurut Shikin, di sebalik foto tersebut tersimpan sebuah kenangan yang kelakar.

Ujar Shikin, dia tidak muat untuk masuk ke dalam kereta disebabkan baju pengantin yang dipakai. Oleh sebab itu, mereka berdua terpaksa duduk di belakang ‘pickup’ sehingga sampai di hotel.

Foto pertama sebagai suami isteri. Cerita dia lepas majlis resepsi semalam, baju pengantin saya tak muat masuk kereta. Jadi kami terpaksa duduk di belakang pickup sampai hotel. Memori paling rare.

Lebih menghiburkan, pihak polis turut bertanya kepada mereka kenapa duduk di belakang.

Sampai pihak polis tanya kenapa duduk belakang. Pemandu kata baru kahwin, baju pengantin tak muat masuk kereta.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur sebaik sahaja membaca kapsyen Shikin. Menurut netizen, momen tersebut sememangnya ‘rare’ dan jarang berlaku.

Lihat posting Instagram di bawah:

Lihat apa kata orang ramai:

@missie: Sape berani tahan pasangan glem ni🔥🤪 btw tahniah kak kin & abg cat

@faizal_azhr: @shikin_maembong Paling Win.. Lg win lps tue g kedai mkn pakai crown.. Korg ade, xde kn.. Hahaha.. Smpi2 nasi lemak elekkkk.. Huarghhhh.. Terus ke Pelita pkul 3 pagi..

@leen: yg penting wedding gown u letoppsss…. I like 😍. congratulations shikin & Cat. Selamat pengantin baru.

@sal_salim: Alhamdulillah.. tahniah buat shikin and husband.. semoga kekal hingga ke akhir hayat serta mendapatkan keluarga yg sakinah,mawaddah dan warrahmah.. Aamiin

Sumber: Instagram

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/B03ZpiRcm’ sec=’7′]

Previous article“Saya tak boleh lah, saya dah tahan…” – Anak Zarina Zainuddin Mengamuk sebab Hilang Sabar
Next articlePukul Kekasih dan Cederakan Diri Sendiri, sekali tindakan Lelaki Menangis Tidak Dilayan ‘Nafsu’ mengejutkan ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here