Home Uncategorized “Awk Tk Bdoh, Soalan Tu Bdoh..” – Mas Idayu ‘sound’ Shuk Sahar,...

“Awk Tk Bdoh, Soalan Tu Bdoh..” – Mas Idayu ‘sound’ Shuk Sahar, bagi soalan mengarut

135
0

Mic ON! adalah sebuah program realiti televisyen nyanyian yang berbeza daripada yang lain dimana program ini menyaksikan tiga orang pelawak mencari dan menguruskan bakat baru untuk dijadikan sebagai anak didik mereka dalam bidang nyanyian. Program ini telah pun disiarkan pada 6 November 2020 yang lalu di saluran Awesome TV. Program ini dihoskan oleh Nana Mahazan dimana tiga pelawak iaitu Shuk Sahar, Ropie Cecupak dan Fad Bocey masing-masing akan memilih empat peserta untuk dijadikan sebagai anak didik dan kumpulan mereka. Persembahan para peserta akan dinilai oleh dua juri iaitu Dato’ M.Nasir dan Mas Idayu.

Mas Idayu atau digelar ‘Mummy’,dilahirkan 10 Januari tahun 1972 berasal dari Kota Tinggi, Johor. Beliau merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia. Mas Idayu antara artis wanita dengan jualan album terlaris pada era-90an, lagu-lagu dangdut nyanyiannya yang terkenal seperti “Cintaku 100%” dan “Senggol-Senggolan”. Baru-baru ini juga beliau dipilih menjadi juri pedas di pentas BigStage 2022.

Video klip ini menunjukkan Shuk Sahar bertanya kepada para juri tetapi respon Mas Idayu selaku juri, membuatkan orang ramai terdiam. Reaksi Dato M.Nasir juga terhibur melihat gelagat masing-masing walaupun agak sedikit kasar tetapi suasana itu kembali riuh dengan telatah lucu Shuk Sahar.

Lihat klip durasi pendek Mummy ‘sound’ Shuk Sahar:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DaebaKing (@daebakingz)

Lihat apa juga kata orang ramai:

@ct hada:m.nasir tak mampu nk bertahan..

@Faridah Ieda:mami ni..ada x hr2 die gembira..aku tngok asik marah2 je…

@iedalanda:ska cra mas idayu…baru lh best ada juri yg tegas n hangatkan suasana..xkn nk melawak x abis2

@Afiq Asyraf:Hahaha tu mmg character mummy. Kt luar die lain dlm camera lain

@emilioromerogerci:sifu M. Nasir terpaksa melayan

@Chubby:mami malas nak melayan lawak si shuk tu

Netizen juga mengatakan, terhibur dengan reaksi Shuk Sahar selepas dimarahi oleh Mas Idayu di pentas “Mic ON!” program realiti televisyen nyanyian. Perkongsian di Tiktok ini dapat sambutan orang ramai sebanyak 295.6K penonton, 7613 sukaan dan 114 komen.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Daebakingz dan Tiktok

Previous article“Ingatkan tingtong, rupanya…” Gadis terviral punca masuk berita buat aksi p3lik, ini respon gadis tersebut
Next articleTerkejut harga sotong RM2 seekor, pendedahan pelakon, Riena Diana tarik perhatian pengguna
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here