Home Hiburan “Awie dan Erra Kongsi Kisah Tak Jadi Kahwin Dulu” – Cinta Tidak...

“Awie dan Erra Kongsi Kisah Tak Jadi Kahwin Dulu” – Cinta Tidak Semestinya Memiliki

421
0

Wings, merupakan sebuah kumpulan rock yang tidak asing bagi segenap masyarakat Malaysia. Kumpulan mereka mulai terkenal pada era 80an dan masih relevan sehingga kini. Antara lagu paling famous karya kumpulan muzik rock Malaysia ini ialah Di Penjara Janji, Taman Rashidah Utama, Sejati dan banyak lagi. Penyanyi solo mereka, Ahmad Azhar Bin Othman atau lebih dikenali sebagai Awie merupakan seorang penyanyi yang dicemburui ramai kerana mampu menyanyikan lagu “high note” yang tidak mampu ditandingi oleh penyanyi bbnu. Walaupun sudah berusia 53 tahun, namun beliau masih mampu menyanyi lagu “high note” seperti masih muda lagi.

Fazira Wan Chek atau lebih dikenali sebagai Erra Fazira ialah seorang pelakon, penyanyi, pengacara tv yang tersohor di Malaysia. Dia mulai terkenal pada era 90an dan karyanya cukup terkenal di Malaysia. Antaranya Filem Sembilu gandingannya dengan Awie. Filem tersebut amat ‘trending’ pada era 90an. Melalui perkenalan dan keserasian daripada filem tersebut, Awie dan Erra telah dilamun cinta. Pada tahun 1996, mereka telah melangsungkan pertunangan. Namun jodoh mereka tidak panjang dan memutuskan ikatan pertunangan.

Semalam tular video di tiktok hasil kongsian Madamfaz, video tersebut mendapat sebanyak 400 ribu tontonan dan 15 ribu sukaan. Gandingan Awie dan Erra menyanyikan lagu Yang Terindah Hanyalah Sementara. Sebelum mereka bernyanyi, ada sedikit adegan lakonan mengisahkan tentang hubungan mereka dahulu

Klik Di Bawah Untuk Lihat Video Penuh:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lawak Lah (@lawak_laah)

Jom Tengok Apa Kata Netizen:
@Noor Azlina Samah:kenapa bila awie dgn erra dia nampak hensem

@Mohd firdaus mohd:dato awie dgn kak erra ni org nya sgt positive…memang mental kuat wei…mcm2 kene fitnah tp tetap cool…sy sayang mereka berdua…

@eny:dlm hati masing2 ada tempat y terlalu istimewa.. sbb tu mereka blh berbaik ,jadi kawan..n mampu redha dgn suratan takdir mereka.

@rusyantiey:shahru khan dan kajol malaysia…pasangan serasi

Akhir kata, semoga Awie dan Erra kekal berbaik walaupun hanya sebagai kawan baik. Komen yang baik-baik yaaa.

Sumber tiktok dan instagram

Previous article“Pemandu Grab/Foodpanda ada dimana-mana” – Wanita lawan dua orang peragut, peragut salah pilih mangsa
Next article“Mesti Best Kalau Dia Bertaranum kan” – ‘Power’ Lah Suara Dia, Ada Yang Kata Boleh Jadi Vokalis Kris

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here