Home Isu Semasa “Pemandu Grab/Foodpanda ada dimana-mana” – Wanita lawan dua orang peragut, peragut salah...

“Pemandu Grab/Foodpanda ada dimana-mana” – Wanita lawan dua orang peragut, peragut salah pilih mangsa

155
0

Semalam 22/8/22 tular video seorang wanita bergelut dengan dua orang peragut di twitter. Video tersebut mendapat sebanyak 3 ribu ‘retweet’ dan 200 komen. Seperti biasa apa-apa kejadian atau insiden yang terjadi Malaysia, HERO bidan terjun akan sedia membantu iaitu abang Grab. Rider grab yang sedang menggunakan jalan tersebut tanpa berfikir panjang terus melanggar motor peragut sehingga terjatuh. Dapat dilihat terdapat beberapa kereta juga turut berhenti bagi membantu menangkap peragut tersebut. Min memang ‘respect’ lah orang Malaysia. Sentiasa membantu antara satu sama lain tidak kira tempat dan masa.

Namun, bukan itu sahaja yang netizen perasan. Rupa-rupanya mangsa bukan warga tempatan dan merupakan ‘mat saleh’. Ada juga yang perasan mangsa memakai rantai ‘Dog tag’. Dog tag kebiasaannya dipakai oleh askar bagi memudahkan pengecaman identity tentera jika berlaku kematian. Berkemungkinan mangsa ialah tentera dari Russia. Jadi memang silap mangsa lah peragut tu pilih, walaupun dia perempuan tapi dia mampu lawan dua orang peragut tanpa takut.
WhatsApp Image 2022 08 23 at 12.14.05 PM
Pihak Grab Malaysia juga telah menanyakan info tentang rider grab tersebut. Diharapkan pihak Grab Malaysia dapat memberikan ganjaran kepada wira bidan terjun ini. Kalau dapat motorsikal baharu tu memang terbaik lah Grab Malaysia.
WhatsApp Image 2022 08 23 at 12.16.20 PM

Klik di bawah untuk lihat video penuh

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lawak Lah (@lawak_laah)

Jom lihat apa kata netizen :

@nrafinii_ : just wondering apa la amal or good behavior that the girl have done in her life until allah decide to protect her and surround the place with org org baik kat situ at the right moment
@SyahmiRosdi : Weh kesian brother yang kat seberang jalan tu jatuh lepas keluar kereta time lari
@shafiqazraai : Motor mahal, baju mahal, helmet mahal, kasut mahal, badan sihat elok je. Nikmat apa lagi yang kau nak?

Jadi harap kita dapat ambil pengajaran daripada video tersebut. Orang muda yang sihat walafiat cari lah kerja yang halal. Banyak lagi kerja yang boleh buat, tidak perlu buat kerja haram yang mendatangkan mudarat kepada diri dan juga orang lain. Akhir kata, komen yang baik-baik yaa. Moga kita diberkati dan diredhai Allah SWT.

Previous article“Muka Je Garang, Dalam Hati Ada Taman Rupanya” – Rosyam Nor Daripada Tailong Jadi Pembaca Berita
Next article“Awie dan Erra Kongsi Kisah Tak Jadi Kahwin Dulu” – Cinta Tidak Semestinya Memiliki

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here