Mekar dengan lagu hits Di Ombak Resah, Ashira Aziz,36 kini sedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak yang sudi menerbitkan single terbaharu buat dirinya.
Sudi Terima Pelbagai Tawaran
Menurut bekas finalis bintang Gegar Vaganza Tujuh (GV7) ini, selain tawaran rakaman lagu dia juga mengalu-alukan undangan nyanyian atau yang berkaitan bagi meneruskan kelansungan hidup sebagai anak seni.
“Saya tidak kisah asal kita boleh bekerjasama dan saya bersedia. Kita boleh adakan perbincangan.
“Saya juga bersedia menerima apa saja undangan nyanyian atau persembahan serta program dalam usaha mencari rezeki,” kata pemilik nama lengkap Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz ini
Semakin Selesa Berhijab
Dalam perkembangan berkai.tan, Ashira yang kini manis ber.hi.jab akui semakin selesa dan tenang imej ter.baru.nya itu. Malah, dia juga tidak menolak sekiranya mendapat tawaran untuk berlakon yang bersesuaian dengan dirinya.
“Alhamdulillah semakin se.rasi dan doakan saya terus menjadi lebih baik dari hari ke hari,” katanya lagi.
Ashira ditemui Murai.my ketika konsert mingguan GV8 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.
Sekadar info, Ashira telah mendirikan rumahtangga bersama Bad Indigo yang juga peserta GV7 pada 11 Mac lalu. Menerusi perkahwinan terdahulu, Ashira mempunyai seorang anak, Megat Shazril Haziq Hadi, 15, manakala Bad pula memiliki dua anak iaitu Rayyan, 12, dan Rania, 11.
Sumber: Muraimy