Home Kisah rakyat Anwar Nasihatkan Muhyiddin Sudah Buat Pengiraan, Tumpu Kes Mahkamah Saja

Anwar Nasihatkan Muhyiddin Sudah Buat Pengiraan, Tumpu Kes Mahkamah Saja

160
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Presiden Bersatu dinasihatkan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kes mahkamah yang sedang beliau hadapi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan nasihat berkenaan selepas Muhyiddin membuat gesaan supaya beliau meletakkan jawatan.

Ini berikutan keputusan pilihan raya di enam negeri yang memperlihatkan kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap Kerajaan Perpaduan.

Anwar berkata, beliau tidak pasti Muhyiddin membuat gesaan tersebut berlandaskan faktor apa kerana pentabdiran negara masih lagi dikuasai oleh Kerajaan Perpaduan.

“Kita kekal kemenangan tiga negeri, kita masih dapat dua pertiga majoriti ahli parlimen, dia buat perkiraan apa? Saya nasihatkan dia tumpun kes mahkamah,” kata Anwar ringkas kepada media.

Anwar ditemui selepas merasmikan projek Residensi Wilayah, Residen Prihatin Madani dan Pusat penjaja Madani di Desa Tasik hari ini.

Pada 12 Ogos lalu Muhyiddin berkata, kemenangan PN di kerusi majoriti Melayu dan kawasan campuran membuktikan penolakan besar-besaran orang Melayu dan masyarakat bukan Melayu terhadap Kerajaan Perpaduan.

Muhyidddin turut menyifatkan Kerajaan Persekutusan yang diterajui Anwar bersama Presiden UMNI Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai gabungan politik rapuh serta perpaduan palsu.

“Maka benarlah pilihan raya negeri ini adalah satu referendum penolakan rakyat terhadap kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).”

“Anwar Ibrahim dan Zahid Hamidi yang menerajui gabungan ini mesti mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dengan serta merta,” katanya pada sidang media di sebuah hotel selepas keputusan PRN diumumkan.

Pada PRN lalu Kerajaan Perpaduan dan pembangkan mengekalkan status quo dengan masing-masing mendapat kemenangan di negeri yang ditadbir sebelum ini.

Bagaimanapun jumlah sokongan dan jumlah kerusi yang dimenangi pembangkang meningkat terutama di Terengganu, Kelantan, Kedah dan Selangor.

Sumber: Utusan

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://youtu.be/LBFZ8sPuuM8′ sec=’3′]

Previous articleLebih 200 Sekolah Agama Ditutup Dan Dihalau Di Selangor?
Next articleTolak Tawaran Berlakon, Zul Ariffin Dedah Enggan Terlibat Dalam Watak Seksi dan Berpelukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here