Home Hiburan Alyah Nafi Kahwini Tokram Kerana Harta – “Saya Bukan Datang Dari Kelapa...

Alyah Nafi Kahwini Tokram Kerana Harta – “Saya Bukan Datang Dari Kelapa Sawit Atau Kebun Getah..”

317
0

Penyanyi terkenal, Alyah berkongsi yang dia pernah menerima soalan daripada netizen yang mendakwa dirinya berkahwin dengan Ramli MS adalah disebabkan harta. Namun begitu Alyah menafikan dakwaan tersebut sama sekali dan menegaskan dia bukan datang dari keluarga yang susah dan akui mempunyai harta sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

“Ada yang kata saya kahwin dengan Tok Ram sebab kaya, tolong fikir-fikirkanlah. Sebab saya pun ada harta saya sendiri, saya bukanlah datang dari kelapa sawit, pokok getah, ada yang tag saya berkata begitu..”

“Allah beri saya rezeki untuk saya sendiri. Suami saya membuat keputusan untuk berkahwin dengan saya sebab memang jodoh Allah..”

Dia berkongsi perkara tersebut menerusi halaman Tiktok Live yang diluangkan bersama peminat. Dalam pada itu, pelantun lagu Kisah Hati itu berpendapat mahalnya sebuah perkahwinan adalah terletak pada keharmonian dan ketenangan dalam rumah tangga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

“Dalam perkahwinan ini tiada siapa yang menang tiada siapa yang salah. Pada saya mahalnya sesebuah perkahwinan itu terletak pada keharmonian dan ketenangan. Itu yang susah nak dapat..”

“Apa yang saya nak bawa dalam rumah tangga ini adalah amalan-amalan saya, sebab esok lusa tak tahu siapa yang pergi dulu (meninggal dunia), tak semestinya yang berusia itu pergi dulu..”

“Saya juga pernah membuat kesilapan sebelum ini, keselipan itu yang membuatkan saya belajar banyak perkara, tapi janganlah ulangi kesilapan itu berulang ulang kali..”

Ada betulnya apa yang Datin Alyah tu cakap. Kita sebagai orang luar janganlah sesuka hati menuduh tanpa usul periksa. Apa-apa pun min doakan moga ikatan perkahwinan Alyah dan Dato Ramli Ms terus hingga ke jannah.

Previous articleKena Pandai Masak, sekali Kriteria Isteri Ben Amir Raih Tumpuan Ramai
Next articleDikatakan Orang Lain Munafik, sekali Klip Video Merqeen Bersama Gal Gadot Tular

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here