“Cari rezeki tu cari rezeki jugak. Kualiti makanan dan kebersihan perlu diutamakan.”
Baru-baru ini di tiktok @Ed Shahir, tular satu video di mana dalam video tersebut menunjukkan sebuah operasi bersepadu yang dijalankan oleh Kemeneterian Kesihatan Malaysia.
Dalam video tersebut dapat dilihat sebuah kedai di mana kedai tersebut sangat kotor dengan sampah sarap yang penuh di longkang kemudian makanan-makanan dibiarkan terbiar di atas meja.
“Sebab pentingnya ” Kursus Pengendali Makanan ” ..”
Terdapat komen yang menyatakan tentang pentingnya Kursus Pengendali Makanan. Hal ini dapat mencegah daripada berlakunya masalah seperti kedai yang tidak bersih seterusnya dapat mengelakkan daripada terjadinya masalah keracunan makanan.
Objektif kursus pengendali makanan adalah untuk memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar keselamatan makanan dapat di jaga dan akhirnya pelanggan tidak mendapat mudharat akibat dari cara pengendalian makanan yang tidak bersih.
Lihat video klip di bawah :
View this post on Instagram
Lihat juga komen warganet :
@Pemburu Mimpi (Impian) : tolong dan tolong lah selalu buat operasi walaupon tiada yg report.. mudah2 apa yg masuk dlm perut kita dari mknn yg bersih dan halal
@user4417744675504 : berniaga banyk untung ,kebersihan harus jaga ,kotor sangat mungkin lama dah tak dibersihkan,terbaik menteri kesihatan,patau lagi mana2 yg beniaga,
@sasyria95 : Allahu…sbb tu sampai sekarang faham kenapa abah didik makan kt rumah dr kcik amp da kawen ni da terbiasa mkn masak sdiri.sbb kita xtahu cmni la
@mazelambinmusa : kkm tutup aje kedai makan atau restoren ni
@Teteh Inna : ntahlah peniaga skarang ni kursus Pengendali Makanan n cucuk vaksin Atau tak..? depan mata sendiri,Kedai kecik baru buka,niat nak support,,,
@CikKuntom70 : kkm kne selalu check kedai mkn….kalau kotor saman byk2 biar jadi pengajaran
Baca juga : “Wanita Terjumpa 10 Batang Dawai Dalam Makanan”-Ingatkan 1 Rupanya 10
Baca juga : Dikatakan Ada Lintah Dlm Makanan, Skli Diri Sendiri Kena Kecam
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Tiktok dan Instagram