Home Hiburan ”Allahuakbar..”- Linda Rafar Diser4ng Ustaz, Ustazah ‘Jad1an’

”Allahuakbar..”- Linda Rafar Diser4ng Ustaz, Ustazah ‘Jad1an’

270
0

PETALING JAYA – Tidak semua orang selesa dengan perubahan imej individu lain terutama melibatkan golongan artis. Situasi sama dilalui pelakon Linda Rafar yang menerima banyak serangan peribadi daripada golongan  ustaz dan ustazah ‘jadian’ susulan mengambil keputusan untuk berniqab.

Linda atau nama lengkapnya, Azlinda Rafar, dia mohon diberikan ruang dan pengertian berkenaan perubahan imejnya itu dan tidak mahu terlalu menggembar-gemburkan tentang perihal tersebut.

“Allahuakbar! Ramai sungguh ustazah, ustaz jadian yang datang ser4ng dan hantar direct messege (DM) Instagram saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LR (@lindarafar)


“Dengar sini, saya belum umumkan apa-apa lagi. Mohon jasa baik jaga hati dan perasaan saya. Untuk berubah, biar daripada hati.

“Bersihkan hati dulu serta cukupkan ilmu untuk mengajar. Jangan hukum seseorang yang ingin berubah untuk menjadi lebih baik dan cari kesalahan sahaja,” katanya menerusi Instastory.

liii

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LR (@lindarafar)


Akui bekas anggota kumpulan Elite itu, tiada manusia dalam dunia ini yang sempurna termasuk dirinya.

“Tiada siapa yang sempurna tetapi saya sedang mencuba untuk menjadi yang terbaik di sisi Allah SWT,” ujarnya.

Sejak kebelakangan ini, Linda dilihat sering menggayakan imej berniqab dalam hantaran Instagramnya.

Tidak mahu terlalu memperincikan secara mendalam tentang perubahan imejnya, ibu kepada lima cahaya mata itu cuma mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai.

“Sekarang ini, saya tak bersedia untuk menjawab (tentang niqab). Tapi, tolong doakan yang baik-baik buat saya,” katanya.

Sumber: – K! ONLINE

Previous articleTampil Anggun & Menawan, Netizen Mahu Dr. Malar Masuk Miss Universe – ‘Siap Nak Buka Petisyen Lagi’
Next article“Sbenarnya sy rsa..” (Video) Asif Sempat Brgurau Dgn Wartawan, Prasaan Jdi Plawak Popular Smbil Urut Dada.
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here