Home Isu Semasa “Sbenarnya sy rsa..” (Video) Asif Sempat Brgurau Dgn Wartawan, Prasaan Jdi Plawak...

“Sbenarnya sy rsa..” (Video) Asif Sempat Brgurau Dgn Wartawan, Prasaan Jdi Plawak Popular Smbil Urut Dada.

93
0

RAMAI mengetahui remaja istimewa Asif Suhaimi yang terkenal menerusi Drama Spontan di YouTube mempunyai karakter yang kelakar dan bersahaja.

Ketika berkongsi perasaannya selepas diumum sebagai Artis Komedi Popular pada Anugerah Bintang Popular BH ke-34 (ABPBH 34), Asif, 19, sempat bergurau dengan pihak wartawan.

Kata pelakon filem Mael Totey ini, kemenangan itu cukup menggembirakan selain menjadikan dia lebih bijak.

“Saya rasa cerdik dah, saya rasa berdebar apabila nama diumum sebagai pemenang.

“Sebenarnya saya rasa happy dan bersyukur kepada Allah,” kata Asif.

1367605

Asif tak sangka dapat rangkul anugerah Artis Komedi Popular ABPBH34.

Asif melakar sejarah peribadi apabila menewaskan empat calon senior lain iaitu Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, Atu Zero dan Ain Edruce dalam kategori Artis Komedi Popular.

VIDEO:


Sementara itu, Syahmi Sazli yang juga rakan baik kepada Asif turut meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga atas pencapaian rakannya.

Saya rasa cerdik dah, saya rasa berdebar apabila nama diumum sebagai pemenang.

ASIF SUHAIMI

PELAKON

“Terima kasih semua yang mengundi Asif sehingga berjaya merangkul trofi Artis Komedi Popular ABPBH34.

“Tak sangka bila Asif dapat anugerah ni, memang rezeki dia. Bukan bermula daripada Mael Totey. Saya bawa dia dari Youtube.

ASIF2

Syahmi turut berterima kasih kepada orang yang mengundi Asif dan dirinya.

“Walaupun mereka istimewa tapi bukan halangan saya untuk tampilkan mereka,” ujar Syahmi.

Syahmi yang tercalon sebagai Pelakon Filem Lelaki Popular dalam anugerah ABPBH34 turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang mengundi biarpun tewas kepada pelakon Fattah Amin.

“Terima kasih juga yang mengundi Mi sehingga dapat Top 5 Pelakon Filem Lelaki Popular & Gandingan Serasi Filem. Walaupun tak menang, kita cuba lagi nanti,” ujarnya.

Sumber:mStar

Previous article”Allahuakbar..”- Linda Rafar Diser4ng Ustaz, Ustazah ‘Jad1an’
Next article“Pagi tdi dpat khabar..” Selepas Alisha, datuknya pula meningg4l dunia. Punca Dided4hkan
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here