Home Hiburan Aliff Syukri Mintak Izin Isteri Nak Kahwin Dua Macam Abang Tesla?

Aliff Syukri Mintak Izin Isteri Nak Kahwin Dua Macam Abang Tesla?

178
0

Tular di media sosial baru-baru ini, perkongsian Abang Tesla mengumumkan pernikahan keduanya sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada selebriti dan juga warganet.

Menerusi hantaran di TikTok, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri secara berseloroh menyatakan hasratnya untuk berpoligami kepada isterinya, Datin Seri Nur Shahida.

“Ayang, Abang Tesla tu dah berjaya pujuk isteri dia untuk minta restu kahwin lagi satu. Jadi saya nak minta restu macam Abang Tesla tu dekat sayang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Dalam masa yang sama, Aliff meminta isterinya untuk menjadi seperti isteri pertama pempengaruh tersebut dengan membenarkannya untuk berkahwin sekali lagi.

“Sayang boleh tak jadi macam isteri Abang Tesla tu? Salam, restu..dapat payung emas..”

Shahida kemudian membalas ringkas kepada suaminya dengan mempersoalkan tentang calon isteri keduanya.

“Sila, sila. Persoalannya ada ke orang nak? Tak payah lah payung emas. Rimas!..”

Previous article“Dah 30 Tahun Dalam Dunia Politik, Baru Ada Masa Nak Healing..” – Hishammuddin Hussein
Next articleBercakap Pasal Isu Abang Tesla, Sekali Shila Amzah Beri Komen Pedas

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here