Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman merupakan salah seorang anak kepada pengasas produk kosmetik Sendayu Tinggi yang dikenali sebagai Rozita binti Ibrahim. Beliau dilahirkan pada 3 April 1987, berasal dari Kuala Lipis, Pahang.
Beliau mula terlibat dalam dunia perniagaan sejak berumur tujuh tahun sewaktu tinggal bersama neneknya di Sabak Bernam, Selangor.
Baru-baru ini tular satu hantaran di akaun Instagram daripada Aliff Syukri mengatakan salah seorang yang berpangkat ‘Tan Sri’ telah berhutang dengannya, dan beliau tidak mahu menceritakan perkara sebenar yang berlaku kerana tidak mahu keluarga pihak tersebut mendapat malu.
Aliff juga mendakwa, beliau berkali-kali cuba menghubungi individu tersebut, namun sehingga kini masih tiada respon.
“Tak akan bekas menteri macam ini, saya hubungi dia tak angkat, saya WhatsApp dia tak balas. Dulu nak minta bantuan, dia lah terhegeh-hegeh nak jumpa saya”
“Saya tak nak cerita perkara sebenar, nanti malu satu keluarga Tan Sri. Jadi saya sabar sahaja. Orang Langkawa mesti kenal dia hartawan satu Malaysia”
Baca lagi: Terima Mesej Ajak Skandal, Sekali Respon Adira Buat Ramai Yang Setuju
Lihat posting Dato’ Aliff Syukri dalam akaun Instagram nya:
Lihat juga video dibawah:
Hantaran yang dibuat oleh Dato’ Aliff Syukri tersebut telah mendapat perhatian warganet di media sosial dengan sebanyak 9K sukaan.
Netizen turut memberi komen mengenai posting yang dibuat oleh Dato’ Aliff Syukri sendiri, mengatakan berasa simpati dengan luahannya yang masih tidak dapat menghubungi pihak tersebut. Segelintir netizen turut mengatakan bahawa beliau cukup kenal ‘Tan Sri’ itu.
Ada juga yang mengatakan pernah bekerja dibawah Tan Sri tersebut, di mana ramai dalam kalangan pekerja termasuk dirinya tidak dibayar gaji semenjak pandemik C0vid-19 dahulu.
Lihat juga apa kata orang ramai:
PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: Instagram