Home Isu Semasa “Aku tak kuat Yani…” – 10 sekeluarga dikhuatiri lemas, kereta dan motor...

“Aku tak kuat Yani…” – 10 sekeluarga dikhuatiri lemas, kereta dan motor hanyut dibawa kepala air

154
0

Menerusi satu ‘posting’ Penduduk Kampung Laut, Pasir Gajah Kemaman Terengganu di Facebook telah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang wanita hanyut dibawa kepala air di sungai kampung itu kira-kira jam 12.45 tengah hari tadi. Memetik laporan Buletin TV3, selain mayat wanita itu, satu lagi mayat lelaki ditemui di tebing sungai berhampiran Tasik Hutan Sungai Air Putih.

Pihak polis mempercayai kedua-dua mangsa antara 10 sekeluarga yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Mawar, Air Putih. Kini, pihak polis sedang giat mencari 8 lagi mangsa lain.

Lapor Buletin TV3 lagi, pihak polis menjumpai sebuah kereta jenis Proton Gen 2 dan sebuah motosikal kira-kira dua kilometer daripada lokasi penemuan mayat wanita berkenaan. Hasil siasatan awal pihak polis tak menemui sebarang kesan kecederaan atau perlakuan jenayah pada mangsa. Pihaknya mendapati mangsa telah lemas kesan daripada kejadian kepala air yang berlaku di hutan Air Putih.

Ayuhlah kita berdoa agar urusan keluarga mangsa dipermudahkan untuk mencari jenazah yang masih belum dijumpai.

Lihat posting Facebook waris di bawah:
photo 2023 07 02 20 19 07

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Facebook

Previous article“Masih kejar payment? Inilah bila musibat yang salah jadi Nahkoda…” – Sharnaaz Ahmad perli Penerbit Malaysia
Next articleMasih Tak Beri Kerjasama Selepas 14 Hari Serah Notis, Sekali Ini Tindakan Pihak JPJ Terhadap Suami Fatin Afeefa

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here