Home Isu Semasa Aktivis Persoal Anwar Ibrahim Islamkan Saudara Baharu Dipanggil Polis

Aktivis Persoal Anwar Ibrahim Islamkan Saudara Baharu Dipanggil Polis

269
0

Kuala Lumpur: Aktivis yang mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengislamkan seorang saudara baharu, baru-baru ini dipanggil polis untuk dirakam keterangan.

Peguam, N Rajesh berkata, anak guamnya, Arun Dorasamy selesai memberikan kenyataan berhubung siasatan kes itu di Bukit Aman, di sini, semalam.

Katanya, proses rakam keterangan berlangsung antara 30 hingga 45 minit dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

“Anak guam saya bersedia memberi kerjasama penuh terhadap siasatan dan akan menjawab semua soalan yang ditanyakan oleh polis di mahkamah.

“Polis memaklumkan akan melengkapkan kertas siasatan dan menyerahkannya kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) dan pihak AGC akan menentukan sama ada Arun akan didakwa atau sebaliknya,” katanya kepada New Straits Time, hari ini.

Terdahulu, tular rakaman video Anwar mengislamkan saudara baharu di Masjid Ar-Rahimiah, Klang, Selangor.

Video berdurasi 1 minit 26 saat itu tular di laman media sosial sejak Jumaat lalu.

Dalam rakaman itu, Perdana Menteri dipercayai mengajar saudara baharu itu mengucap dua kalimah syahadah sebelum disambut laungan takbir oleh jemaah yang hadir.

Perkara itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan antaranya mengkritik tindakan Anwar yang didakwa tidak sesuai dilakukan secara terbuka dan kurang sensitiviti agama.

Previous articleSudah Berputus Asa Dengan Ali Puteh Yang Belum Membayar Hutang, Sekali Tindakan Hidayah Raih Tumpuan Ramai
Next articleMadani Jamin Masa Depan Negara Tanpa Pencen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here