3 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM, dari Kampung Orang Asli Punan yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Nitar menaiki helikopter ke sekolah untuk menduduki peperiksaan atas bantuan pasukan bomba dan JPAM kelmarin.
Menurut Bernama, Pemangku Pengarah PBPM Johor, Mohd Rizal berkata, pelajar yang berusia 18 tahun itu menaiki helikopter jenis Agusta Westland AW189.
Difahamkan 3 pelajar itu sepatutnya menduduki peperiksaan amali sains SPM pada Isnin lalu (30 Januari) tetapi terpaksa ditangguhkan berikutan jalan yang menghubungkan ke sekolah mereka dinaiki air.
“Bagaimanapun, berdasarkan pertimbangan SMK Notar, 3 calon itu dibenarkan menghadiri ujian hari ini (31 Januari). Kesemua mereka akan tinggal di asrama sekolah sepanjang tempoh peperiksaan SPM,” jelas Mohd Rizal.
Ketika ini, jumlah mangsa banjir di Johor mencecah seramai 1,373 orang membabitkan penduduk dari Batu Pahat, Kota Tinggi, Mersing dan Segamat.
Macam-macam halangan yang ditempuhi oleh pelajar untuk ke sekolah. Dahulunya kita tengok pelajar sekolah di Sabah yang jetinya roboh sewaktu ingin ke sekolah. Habis basah kuyup segala baju serta buku.
Semoga pengorbanan dan usaha ini akan terbalas dengan kejayaan kelak.
Sumber : Bernama
PERHATIAN: Pihak Rose Biru Media tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru Media juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Penyelam yang mencari enam mangsa, termasuk jutawan teknologi dari United Kingdom (UK) Mike Lynch, yang hilang selepas kapal layar mewah karam di Sicily, berjaya...