Home Isu Semasa ‘Adik Sayang Mama Sangat-Sangat..’ – Ayat Terakhir Pilot Kepada Ibunya

‘Adik Sayang Mama Sangat-Sangat..’ – Ayat Terakhir Pilot Kepada Ibunya

174
0

‘Adik sayang mama sangat-sangat”. Itulah antara perbualan terakhir Mahanom Ismail bersama anak bongsunya, Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42.

Shahrul Kamal adalah juruterbang pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Bandar Elmina berdekatan Lebuhraya Guthrie, petang tadi.

Mahanom, 67 tahun yang ditemui pemberita di perkarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kelihatan sugul dan menahan sebak.

Katanya, anak bongsu daripada dua beradik itu kali terakhir menghubunginya sebelum dia menjalani pembedahan di Hospital Angkatan Tentera (ATM) Tuanku Mizan di ibu negara pada 24 Julai lalu.

“Sehari sebelum menjalani pembedahan usus dan hempedu, dia (anak) ada menghubungi saya untuk bertanya khabar.

“Sebelum meletakkan telefon, dia berkata ‘adik sayang mama sangat’,” katanya.

[redirect url=’https://youtu.be/uO576ltJJrY’ sec=’3′]

Previous article“Kenapa Lah Bukan Anwar Ibrahim Yang Terhempas..” – Komen Tiktok
Next articleHaram Sebar Video Mayat Tragedi Pesawat Terhempas – Dr Zulkifli

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here