Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad mengekspresikan kekecewaannya terhadap sikap beberapa individu yang tidak bersyukur menerima duit raya. Melalui entri di Instagram Stories, pengacara dari Wanita Hari Ini kongsikan semula laporan berita tentang seorang bapa yang terkejut anaknya menerima duit raya RM3.
Uyaina menyatakan bahawa walaupun jumlah duit raya sedikit, ia masih patut diterima dengan penuh rasa syukur.
“Dapat seposen sekali pun, terima dan bersyukurlah…”
Uyaina juga menyatakan bahawa pemberian duit raya seharusnya dipertimbangkan berdasarkan kemampuan individu untuk memberi atau tidak.
“Duit raya diberi mengikut kemampuan. Kalau orang tu tak bagi sekali pun, tak berdosa…”
“Ikut suka hati dia lah nak bagi ke tak. Dan ikut suka hati dia lah nak bagi berapa pun…”
“Jangan buat teruk please. Terpaling entitled…”
Lihat posting di bawah:
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.