Home Hiburan “Saya Dianiaya, Apa Permainan Dia?..” – Noh Salleh Terkejut Mizz Nina Tarik...

“Saya Dianiaya, Apa Permainan Dia?..” – Noh Salleh Terkejut Mizz Nina Tarik Balik Kes Penjagaan Anak

180
0

Isu diantara Noh Salleh dan Mizz Nina berikutan hal penjagaan anak angkat mereka semakin berpanjangan.

Terkini, penyanyi Noh Salleh akui terkejut apabila Mizz Nina menarik semula kes penjagaan penuh dan inter-parte bagi hak penjagaan sementara anak angkat mereka, Musa.

Menurut Noh atau nama sebenarnya Muhammad Noh Salleh, 39, dia hanya mahukan kebenaran kerana mendakwa dirinya sudah dianiaya. Malah, Noh menafikan dakwaan yang mengatakan dia menculik Musa pada 19 Disember lalu.

“Saya terkejut, Mizz Nina minta saya datang mahkamah kemudian dia menarik kes. Ketika proses Sulh pun tiada apa yang terjadi. Jadi tunggu esok (6 Februari) di hadapan hakim..”

“Harapan saya semoga ada kebenaran kerana saya sudah dianiaya di hadapan khalayak ramai, saya hanya mahu kebenaran…”

@ohbulanofficial Replying to @Ain Lamin Kes ditarik balik, akan bersambung di hari esok 🙏#mizznina #ohbulan #fyp #nohsalleh ♬ original sound – OHBULAN!

“Saya tidak menculik Musa, ketika itu saya ada persembahan di Sabah. Kalau saya culik saya akan sorok. Tapi saya tunjuk Musa ada dengan saya. Saya juga mencari Mizz Nina untuk berbincang..”

Dalam pada itu, vokalis kumpulan Hujan itu tidak mengetahui apa punca sebenar bekas isteri menarik semula kes tersebut.

“Saya perlu menjawab tuduhan dia, tidak adil di sebelah pihak saya dan apa sebenarnya permainan dia? Saya mahukan kebaikan untuk Musa..”

“Tiada perjanjian hak penjagaan, kalau ada sila tunjukkan. Surat yang dikatakan hanya SD (akuan berkanun) sahaja, tidak boleh digunapakai dalam kes ini dan surat itu sudah ditarik balik..”

“Kalau boleh nak jaga sama-sama, ada sebab saya buat begitu. Saya tidak akan suka-suka masuk hal rumah tangga orang. Itu bukan anak dia, Musa anak Wan Nuraisyah Athirah. Saya sudah dapat surat pengesahan daripada ibu kandung Musa..”

@ohbulanofficial Replying to @myr Semoga Allah tunjukkan kebenaran 🤲#mizznina #ohbulan #fyp #nohsalleh ♬ original sound – OHBULAN!

Sementara itu, peguam yang mewakili Noh iaitu Megat Syazlee Mokhtarom dan Muhammad Shamsyuar Jasmin berkata tiada sebarang dokumen penyerahan dikemukan.

“Di dokumen penjagaan itu ada dua nama, satu nama Noh dan satu nama Mizz Nina. Jadi tiada isu. Tiada dokumen penyerahan hanya ada dokumen penjagaan..”

“Dua-dua ada hak, isunya sekarang hak itu ada pada siapa. Siapa yang menidakkan siapa?..”

Previous article“Saya Sudah Dianiaya Di Hadapan Khalayak Ramai, Apa Sebenarnya Permainan Dia…” – Noh Salleh
Next article“Produk Khairul Aming Marhaen Tiru, Produk Vivy Dia Tiru Marhaen…” – Netizen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here