Baru-baru ini, usahawan yang anggun, Datin Vivy Yusof, memuat naik satu cerita di Instagram Story yang mendedahkan bahawa suaminya, Datuk Fadza Anuar, menukar dompet yang bermerek mewah.
Menerusi hantaran Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof, suaminya membuat keputusan untuk menukar dompetnya kerana jenama tersebut menyokong tindakan Zionis. Vivy turut meluahkan rasa bangga terhadap Fadza kerana sanggup membuat keputusan sedemikian.
“Bangga dengan suami saya hari ini. Dia ucapkan selamat tinggal pada dompet LVnya kerana dia tidak menyokong lagi….” – Vivy Yusof
Dalam pada itu, usahawan berusia 36 tahun itu turut menunjukkan sokongannya terhadap negara Palestin yang sedang ditimpa musibah. Ibu kepada empat cahaya mata itu juga sempat menyebarkan kesedaran kepada pengikutnya tentang jenama mewah tersebut yang banyak membantu tindakan Zionis. Vivy juga menyatakan dia dan keluarganya sedaya upaya untuk tidak menyokong mana-mana jenama yang terlibat dengan Zionis.
Lihat Posting di bawah:
Sumber: Instagram
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.