Sebelum ini, selebriti Nonny Nadhirah mendedahkan bahawa dia telah menjadi mangsa sihir selama tiga tahun, yang menyebabkan wajahnya menjadi senget dan menjadi punca utama dia membuka tudung.
Susulan pendedahan tersebut, pendakwah yang dikenali ramai, iaitu Ustaz Ahmad Dusuki, membidas kenyataan Nonny mengenai sebab membuka tudung kerana terkena buatan sihir.
Ustaz Dusuki menegaskan untuk tidak mengaitkan isu kemaksiatan dengan perbuatan sihir tersebut.
“Buang tudung bukan sihir, tapi pe’el! Janganlah dikaitakan kemaksiatan dengan gangguan sihir…” – Katanya
Namun begitu, pendakwah terbabit tidak menafikan bahawa sihir boleh menyebabkan raut wajah seseorang berubah, sebagaimana yang diperkatakan oleh Nonny sebelum ini mengenai wajahnya yang senget akibat sihir.
Lihat Posting di bawah:
Sumber: Facebook
PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.