Nama Aniq Suhair dalam dunia seni tidak perlu diperkenalkan lagi. Wajah tampan serta bakat lakonan yang padu itu sudah tentu menjadi bualan peminat.
Heboh di laman sosial apabila seorang wanita mendakwa telah dipukul oleh kekasihnya yang dipercayai seorang pelakon sehingga menyebabkan kecederaan dan kesan lebam di bahagian muka serta tubuh. Wanita yang dikenali sebagai Emylia Marzuki itu mendakwa, setiap kali dia mendapat tahu kekasihnya berlaku curang, pelakon tersebut bertindak mengasari dan mencederakannya.
Menurutnya, dia telah menerima 12 jahitan selain kesan luka yang teruk akibat kecederaan tersebut.
Dakwa Emylia lagi, kekasihnya itu juga telah menipu orang ramai apabila tidak mengaku bersalah di atas perbuatan terkutuk yang pernah dilakukan sebelum ini.
Emylia mendedahkan perkara itu menerusi hantaran di TikTok berserta beberapa foto memaparkan bahagian tubuh dan mukanya yang cedera.
Dalam perkongsian sama, Emylia turut memuat naik bukti laporan kesihatan.
Tambah wanita terbabit lagi, aktor itu juga didakwa pernah berjanji untuk berubah dan tidak mahu lagi mengasari dirinya, namun hanya ‘cakap kosong’.
Meskipun Emylia tidak mendedahkan nama kekasihya, namun rata-rata wargamaya mendakwa aktor yang dimaksudkan ialah Aniq Suhair.
Menguatkan dakwaan lagi, apabila mereka sebelum ini didakwa mempunyai hubungan istimewa.