Home Isu Semasa Madani Jamin Masa Depan Negara Tanpa Pencen

Madani Jamin Masa Depan Negara Tanpa Pencen

269
0

Memahami kepentingan persaraan rakyat di bawah tunjang Program Perlindungan Sosial, kerajaan komited membantu penambahbaikan kemampanan simpanan persaraan bagi memastikan tahap simpanan persaraan mencukupi untuk menampung kehidupan rakyat Malaysia yang akan menempuh alam persaraan.

sp

Pengurus Telekomunikasi, Aaron Hyy Balakrishnan, 34, berkata sebagai pencarum KWSP dan Perkeso, dia menyedari kepentingan perlindungan yang disediakan untuk pekerja swasta.

Menurutnya, sebagai pencarum, pulangan dividen tahunan KWSP dilihat mampu memberi manfaat kepada pencarum.

“Simpanan dalam KWSP memang membantu untuk persaraan tetapi bukannya secara mutlak dan ia lebih kepada penyelesaian hutang selepas bersara.

“Antara kemudahan KWSP adalah menyediakan pengeluaran pembayaran insurans tetapi dihadkan untuk polisi nyawa, cacat atau kematian sahaja.

“Saya sebagai rakyat merasakan keperluan insurans kesihatan amat penting dan perlu difokus oleh kerajaan supaya setiap rakyat dilindungi dan diberi kemudahan fleksibiliti bayaran melalui KWSP.

“Oleh itu, saya amat mengalu-alukan penambahbaikan yang akan dilakukan oleh kerajaan melalui Ekonomi Madani bagi memastikan tahap simpanan persaraan yang mencukupi,” katanya.

Aaron berkata, dalam usaha memastikan Ekonomi Madani berkesan, kerajaan juga perlu meneliti semula kemudahan yang disediakan untuk pengeluaran pelaburan unit amanah.

“Kebanyakan ahli mengalami kerugian amat ketara dan pelaburan ini boleh dikategorikan berisiko tinggi dan saya sudah membuat pengeluaran pembayaran unit amanah daripada KWSP ke dua syarikat unit amanah terkemuka di Malaysia.

“Secara keseluruhan kerugian yang ditanggung kira-kira RM19,000 daripada jumlah RM100,000 pelaburan.

“Justeru, usaha kerajaan sangat diperlukan untuk menilai semula kebenaran pelaburan seperti ini bagi mengelakkan simpanan KWSP rugi begitu saja,” katanya.

Sementara itu, kakitangan sokongan teknologi maklumat, Faizah Arifin, 38, berkata langkah kerajaan memperkasa rakyat perlu disokong terutama dalam memperbaiki fungsi bantuan caruman.

“Saya setuju dengan langkah yang diambil kerajaan ini demi menjamin masa depan bakal pesara tanpa pencen seperti kami.

“Sudah pasti dengan penambahbaikan yang akan dilakukan itu dapat membantu pekerja swasta menempuh alam persaraan secara holistik,” katanya.

Previous articleAktivis Persoal Anwar Ibrahim Islamkan Saudara Baharu Dipanggil Polis
Next articleKerajaan Perlis Enggan Pakai Logo Malaysia Madani Sempena Hari Kebangsaan 31 Ogos Ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here