Home Hiburan Bercakap Pasal Isu Abang Tesla, Sekali Shila Amzah Beri Komen Pedas

Bercakap Pasal Isu Abang Tesla, Sekali Shila Amzah Beri Komen Pedas

295
0

Heboh di laman sosial apabila influencer terkenal Abang Tesla mengumumkan yang dia sudah berkahwin dua. Berita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan juga selebriti.

Menerusi halaman tiktok, penyanyi yang baru sahaja berkahwin, Shila Amzah turut sama memberikan pendapat tentang isu tersebut.

“Kau ni kan, yang menyondol memang perempuan tapi kau lelaki. kalau satu tangan repuk tidak akan berbunyi. Apa kau fikir kita semua tidak ada otak kah,

“Tidak boleh kah kau fikir kalau ada yang datang mahu menyondol kau tolak sahaja, cakap saya kahwin sudah, carilah yang bujang-bujang. Saya tidak mau sama kau, isteri saya ada di rumah tu kesian dia tunggu saya. Jangan ganggu saya, pergi cari yang bujang-bujang saja,”

Dalam pada itu, Shila juga berkata, hanya dengan mengingati pengorbanan isteri dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga adalah cara terbaik untuk menolak pelawaan golongan ini.

“Kalau muka kau bidak (jelik) tidak apa tau yang penting pakai otak.

“Bukan susah pun kau mau cakap pasal isteri yang selalu susah senang bersama-sama di rumah, cakap dengan dia kalau kau mau menyondol pun saya tidak akan terima..”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @rosebirumediacom

Garang betul Shila Amzah.. Tapi betul lah apa dia cakap. Jagalah perasaan isteri yang setia bersama suami dari tiada apa-apa hingga sekarang. Jangan layan penyondol di luar sana tuu..

Previous articleAliff Syukri Mintak Izin Isteri Nak Kahwin Dua Macam Abang Tesla?
Next articleDidakwa Berhutang RM150K, sekali Influencer Che Ta Pot Pet Saman Fitnah Founder Iddin Syah RM16 Juta

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here