Home Viral Didakwa Berhutang RM150K, sekali Influencer Che Ta Pot Pet Saman Fitnah Founder...

Didakwa Berhutang RM150K, sekali Influencer Che Ta Pot Pet Saman Fitnah Founder Iddin Syah RM16 Juta

274
0

Sebelum ini, seorang founder dan pempengaruh, Iddin Syah mendakwa Che Ta Pot Pet berhutang dengannya sebanyak RM150,000 dan tidak membayarnya semula.

Malah, Iddin juga pernah merakamkan video ketika dia terserempak dengan kakak Che Ta dan bertanyakan tentang hutangnya itu.

Terbaru, Che Ta yang merupakan pengasas produk kosmetik serta penyanyi itu telah memfailkan saman fitnah sebanyak RM16 juta terhadap Iddin.

saman1

Difahamkan, Che Ta atau Rozita Baharom, 36, juga membuat permohonan injuksi agar usahawan itu berhenti memuat naik kenyataan dan memadam posting termasuklah video didakwa berunsur fitnah terhadapnya sejak Julai lepas.

Menurut peguamnya, K Mahendran anak guamnya turut menuntut permohonan maaf daripada Iddin secara terbuka di media sosial termasuk TikTok dan Instagram.

“Kami juga telah mendapatkan injuksi terhadap defendan untuk memadam segala video yang memburukkan nama anak guam saya di mana-mana platform sehingga kes selesai serta-merta.”

Mahkamah menetapkan tarikh 4 September ini untuk pendengaran inter-parte antara kedua belah pihak berhubung tuntutan itu.

Lihat klip video di bawah:

@iddinsyah.esw Perangai serupa taik.. menipu duit org rm150k. dan rmai lg terkena .. hg tunggu sar… #FounderPenipu #FounderEswDitipu ♬ Powerful songs like action movie music – Tansa

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/4AWqJUrocv’ sec=’5′]

Previous articleBercakap Pasal Isu Abang Tesla, Sekali Shila Amzah Beri Komen Pedas
Next articleSebak Melihat Anak Tidak Mendapat Perhatian Ayah, sekali Luahan Isi Hati Bekas Isteri Hafidz Roshdi Raih Perhatian Ramai

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here