Home Viral Tolak Tawaran Berlakon, Zul Ariffin Dedah Enggan Terlibat Dalam Watak Seksi dan...

Tolak Tawaran Berlakon, Zul Ariffin Dedah Enggan Terlibat Dalam Watak Seksi dan Berpelukan

309
0

Pelakon kacak bertubuh sasa, Zul Ariffin nekad menolak mana-mana tawaran lakonan yang melibatkan adegan-adegan ‘panas’ atau babak berpelukan.

Tolak Tawaran

Menerusi perkongsian penerbit Fadzil Teh di Facebook (FB), baru-baru ini dia menawarkan watak kepada Zul untuk sebuah drama siri terbaharu namun aktor itu menolak.

Difahamkan Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin menyatakan dia masih tetap berlakon, bagaimanapun dia nekad tidak akan menerima watak seksi atau terlibat dalam adegan memeluk pelakon wanita.

“Aku dah taknak berlakon watak-watak seksi, peluk-peluk…” – Zul Ariffin

“Aku kata okay ambil watak ini, tak ada rogol, gomol perempuan..dia kata ‘minta maaf haji, saya tak nak terlibat dengan cerita-cerita macam ini…” – Penerbit Fadzil

Fazli yang berasa segan dengan respon pelakon filem Sangkar itu kemudian bertindak menghubungi pihak stesen televisyen untuk membuang babak berkenaan.

“Lepas itu aku terfikir dan aku pula yang malu sendiri. Aku pun terus menelefon orang kuat televisyen itu dan minta buang plot cerita yang agak seksi. Mereka bersetuju…” – Katanya

Dalam pada itu, Fadzli berkata dia terkesan dengan prinsip aktor tersebut dan berjanji tidak akan menerbitkan lagi drama-drama seperti itu.

“Aku pernah berjanji dengan diri aku, sudah tidak mahu menerbitkan drama yang agak seksi jalan ceritanya. Tapi kadang aku sendiri lalai dan lemah dengan dunia ‘glamour’ ini…” – Katanya lagi

Terdahulu, Zul menzahirkan kesyukuran dan meluahkan rasa gembira apabila dia berpeluang menunaikan ibadah haji selepas tiga kali mengerjakan umrah sejak Ogos tahun lalu.

Untuk info, aktor berusia 37 tahun itu pernah dikenakan tindakan undang-undang iaitu didenda sebanyak RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang selepas mengaku bersalah memuat naik babak ‘panas’ di laman sosialnya.

Lihat Posting di bawah:

photo 2023 08 17 14 22 19

Sumber: FB Fadzli Teh

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

[redirect url=’https://shope.ee/4AWqJUrocv’ sec=’5′]

Previous articleAnwar Nasihatkan Muhyiddin Sudah Buat Pengiraan, Tumpu Kes Mahkamah Saja
Next article“Saya Dah Macam Zombie, Rasa Nak Nangis..” – Neelofa Layan Ragam Anak Bangun Setiap Jam Tengah Malam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here