Home Viral Tidak memberi kerjasama terhadap pihak JPJ, sekali Polis dedah rakam keterangan Suami...

Tidak memberi kerjasama terhadap pihak JPJ, sekali Polis dedah rakam keterangan Suami Fatin Afeefa iaitu Opai

213
0

Menerusi berita di Astro Awani, Polis sudah merekodkan keterangan suami pelakon Fatin Afeefa yang dikenali sebagai Opai selepas mempamerkan nombor pendaftaran palsu di kereta Mclaren. Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Saleh berkata, pemilik kenderaan yang mempamerkan nombor pendaftaran QPA 1 sudah diambil keterangan oleh Pegawai penyiasat JSPT di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur semalam.

“Kes masih dalam siasatan dan akan dirujuk kepada Pejabat Pendakwaan Negeri Kuala Lumpur.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 108 (3) (f) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Terdahulu, suami kepada seorang pelakon wanita dikecam teruk selepas tular videonya didakwa menghina kenderaan bukan ‘supercar’ pada sebuah acara pertunjukan kereta baru-baru ini.

JPJ Kuala Lumpur menggesa pemilik kenderaan mewah McLaren yang tular itu tampil membuat laporan. Susulan itu, lelaki terbabit memuat naik satu klip video menafikan dakwaan dia dipanggil pihak berkuasa berhubung kejadian tular itu. Bagaimanapun, lelaki itu menafikan dia dipanggil keterangan berkaitan isu tersebut.

Lihat klip video di bawah:

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh @daebakingcosmetics

Lihat apa kata orang ramai:

@perindusepi😥: sita ler ..no plat palsu digunakan atas jln raya…apa la slow sgt sistem😂😂

@🍁: hahaa terlalu mc clarent la opai😂

@🕸️ Pelesit Kampung 🕸: sekali kantoi kete pelupusan SG… hahaha…

@user592607: alamk..kite yg pakai viva pn.no flat Ori..sedih la org mcm ni😅

@Don_85: Pakai viva jela senang..keta pun tadak hutang jpj polis pun tak cari aku..plat pun ori kilang..no pun dh kuning

@@zulkhairi: terlajak perahu boleh undur, tarlajak hina beratur masalah….

@Nice@one: karma is real bro 😂

@mhdash: ex suami dia mesti gelak aje 🤣 Bumi ni kan berputar . baru kau tahu langit tinggi ke rendah 🤣

@@ZN: ingatkan ex dia lagi teruk😂 yg dtg lagi mengarut2.. exnya nmpk lagi matang dr yg bru😁

PERHATIAN: Pihak Sinetron Malaya tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Sinetron Malaya juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Astro Awani, tiktok

Previous articleSuami Sibuk Main Game Biar Isteri Hamil Angkat Barang Berat, Sekali Ini Tindakan Orang Awam
Next articleBeri Ucapan Pada Menantu, Sekali Kata-Kata Dari Mak Mentuanya Buat Ramai Yang Sebak

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here