Home Info Disebabkan Takut Hidup Miskin, Wanita Sanggup Rahsiakan Kematian Ibu Untuk Dapat Duit...

Disebabkan Takut Hidup Miskin, Wanita Sanggup Rahsiakan Kematian Ibu Untuk Dapat Duit Pencen

215
0

Hanya kerana tidak mahu hilang punca pendapatan daripada pencen ibu, wanita dari Korea ini sanggup rahsiakan kematian orang tua selama dua tahun.

Bukan sekadar gagal mendaftarkan kematian, malah mayat ibu juga hanya ditutup dengan selimut dalam rumahnya di Incheon.

Sejak kematian ibunya pada Ogos 2020, wanita tersebut telah menerima duit pencen mencecah 17 juta won (RM5,9537.86).

Akibat takut jatuh miskin tanpa wang pencen tersebut, wanita itu enggan mendaftarkan kematian ibunya lapor The Korea Herald.

Screenshot 2023 06 17 223427

Suspek yang juga seorang penganggur itu difahamkan menggunakan wang tersebut untuk menampung kehidupannya sendiri dan enggan mendaftar kematian ibunya kerana risau sekiranya jatuh miskin.

Menurut pegawai kebajikan, ibu suspek adalah salah seorang daripada kira-kira 67,000 orang yang dikuatiri tidak menerima pencen secara sah atau wang tidak sampai kepadanya.

Punca kematian wanita malang itu masih tidak dapat dikenal pasti.

Namun, tidak sangka seorang anak sanggup merahsiakan kematian ibunya sendiri disebabkan duit pencen orang tua dan lebih berasa takut jatuh miskin daripada membuat perkara sebegini. Apa-apa pun kita doa jelah yang baik-baik sahaja, dan semoga kita dijauhkan dengan perkara yang tidak baik seperti ini.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: InfoRakyat

Previous article16 Orang Terpaksa Kira Duit Simpanan, Sekali Jumlah Duit Yang Dikumpul Warga Emas Ini Buat Ramai Yang Tak Sangka
Next articleIni 3 Cara Halau Lipan Yang Berkeliaran Dalam Rumah Anda
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here