Home Dunia Lufya Dituduh ‘Mata Duitan’, Buat Tuntutan Mutaah Dengan Nilai Yang Tak Masuk...

Lufya Dituduh ‘Mata Duitan’, Buat Tuntutan Mutaah Dengan Nilai Yang Tak Masuk Akal

341
0

Lutfyah binti Sheikh Omar atau lebih dikenali sebagai Lufya Omar merupakan seorang pelakon dan bekas penyanyi wanita dari Malaysia. Beliau dilahirkan pada 2 Februari tahun 1985, berasal dari Johor Bahru, Johor. Lufya juga merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia musim keenam pada tahun 2008 dan kini lebih kearah bidang lakonan sejak bersara dari bidang nyanyian pada tahun 2015.

Baru-baru ini Lufya Omar telah memfailkan tuntutan Mutaah sebanyak RM1 juta terhadap bekas suaminya iaitu Dr Che Muhammad Hafiz, di mana Lufya sebelum ini mendapat kritikan oleh orang ramai sehingga ada menganggap pelakon itu. mata duitan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan nilai tersebut adalah harga sebuah pengorbanan yang dilakukan sepanjang empat tahun mereka berkahwin. Jumlah tersebut juga adalah bagi memulakan kehidupan baharu bersama anak perempuan tunggalnya yang berusia 6 tahun.

“Saya buat tuntutan itu disebabkan beberapa perkara yang diantaranya mahu meneruskan kehidupan bersama anak apatah lagi kos sara hidup yang semakin tinggi sekarang” -Kata Lufya

Baca lagi: “Sape Derhaka Sebenar Nya Ni..” – Puteri Sarah Fail Semula Tuntutan Nusyuz Pada Syamsul Yusof

Baca lagi: “Bila Nak Cerai Dengan Suami” -Wanita Ini Terkejut Dapat Mesej Dari ‘Peny0ndol’, Sekali Ini Respon Beliau

Screenshot 2023 05 10 124307

Bekas suaminya iaitu Dr Che Hafiz bagaimanapun tidak hadir dan mahkamah menetapkan 26 Julai depan sebagai sebutan semula kes tersebut.

Selain itu, kata Lufya nilai RM1 juta itu bukanlah nilai dirinya tetapi harga sebuah keadilan terhadap penceraian yang telah berlaku dan mendapat keadilan beliau sebagai ibu tunggal.

Lufya juga menyatakan sepanjang tempoh tiga tahun mereka bercerai dan sudah member ruang kepada bekas suaminya Dr Che Hafiz untuk menjalankan tanggungjawab kepada anak mereka. Namun sepanjang tempoh itu Lufya tidak pernah membuat sebarang tuntutan kepada bekas suaminya melainkan nafkah buat anak mereka.

“Saya beri masa juga kepada Hafiz fokus pada anak dan beri nafkah sebab saya tak pernah tuntut apa-apa walaupun satu barang. Saya pun nak stabilkan diri juga, dan kini saya buat sesuatu (tuntutan Mutaah) untuk anak juga”

Sebelum ini Lufya pernah mendirikan rumah tangga dengan Dr Che Hafiz pada 26 November 2016 namun pasangan itu bercerai pada 17 Jun 2020. Selepas tiga tahun Dr Che Hafiz bergelar duda, beliau telah berkahwin dengan seorang pelakon bernama Julia Farhana pada 14 Disember 2022.

PERHATIAN: Pihak Rose Biru tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Rose Biru juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

Sumber: Mstar

Previous articleAkhirnya Shuib Dedah Kata Kata Uwais Mengenai Watie, Tak Sangka Begitu Jawapan Nya
Next article“Arshan dah jadi abang…” -Emma Maembong Selamat Bersalin Anak Kedua
Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here